Monday, 9 December 2013

Bandung Oh Bandung!

Salam,
Dah lama aku tak menulis apa-apa dalam blog kesayangan aku ni. Hari ni aku nak cerita mengenai pengalamanku di Bandung, sebab aku pun baru balik minggu lepas. Tapi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi diriku. Masih segar dalam ingatanku sepanjang berada disana. Dan ini adalah coretanku sepanjang aku berada di Kota Bandung, kota yang aku rasa seperti orang kaya sepanjang aku berada disana...

Selamat Datang Ke Kota Bandung
Ya! Bandung, Indonesia, ataupun juga dahulu dikenali dengan nama Paris Van Java adalah salah satu tempat yang aku rasa sangat menarik di Asia Tenggara. Sudah lama kami rancang untuk pergi melawat tempat yang dipanggil Bandung ini yang juga terkenal dengan gelaran kota fesyen. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari ibuku saja tentang betapa seronoknya dia di Bandung.. Ayat kegemaran ibuku "memang lain kat Bandung, best betul Bandung", dan macam-macam lagi cerita tentang Bandung. Teringin juga aku nak tahu apa kelainan Bandung ni berbanding negara kita. Tiket AirAsia kami dah beli sejak bulan Januari 2013 dan kami berangkat ke Kota Bandung pada 23 November 2013.. Sebelas bulan merancang akhirnya kami sampai juga di sini dan rombongan kami seramai 17 orang termasuk 3 kanak-kanak. Semuanya terdiri dari keluarga dan saudara maraku.

23 November 2013
Penerbangan kami ke Bandung pada pukul 9.50 malam waktu Malaysia dan tiba lebih awal dari jadual lebih kurang pukul 11 lebih waktu Indonesia. Beza masa antara negara kita ialah cepat 1 jam dari waktu Indonesia. Jadi sesudah sampai, kami membetulkan jam kami mengikut waktu Indonesia supaya senang berurusan dengan Pak Supir (pemandu) kami nanti. Dan mulai dari sini aku akan ceritakan mengikut waktu Indonesia..

Pertama kali menjejakkan kaki di Kota Bandung

Oleh kerana kami tiba jam 11 lebih, kami tak dapat nak buat apa-apa sebab kedai-kedai di sini tutup lebih kurang pukul 9-10 malam.. Ketibaan kami disana disambut mesra oleh Cecep, salah seorang Pak Supir kami dengan sambutan "Selamat Datang ke Kota Bandung". Ibuku memang sudah biasa dengan Cecep, setiap kali dia akan melawat Bandung, dia akan hubungi Cecep terlebih dahulu untuk menjadi pemandu dan dia sudah menggangap Cecep sebagai keluarganya sendiri. Dan kami juga terpaksa menunggu lebih kurang 1 jam kerana salah seorang Pak Supir kami seorang lagi, iaitu Pak Agung mengalami masalah dengan kenderaan, dia terpaksa menunggu kereta dari pihak lain dan juga terkandas dalam kesesakkan. Dan dia akhirnya tiba 1 jam kemudian dan kami terus ke tempat penginapan kami di Villa Istana Bunga. Seperti juga Cecep, Pak Agung memang seorang yang ramah dan berbudi bahasa walaupun umurnya jauh lebih tua dariku. Perjalanan ke villa kami mengambil masa lebih kurang 30 minit, dan kami berbual dalam van sepanjang perjalanan. Setelah tiba di villa, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan, jadi kami ambil keputusan untuk rehat kerana aktiviti kami pada esok hari seawal 7 pagi...

24 November 2013
Memang nyaman dan segar
udara disini
Tempat penginapan kami

Seawal 7 pagi ramai yang datang
untuk berniaga

Ada diantara kami yang bangun awal, kerana waktu Subuh disini sekitar 4 pagi. Pukul 5 pagi disini sudah terang, lebih kurang pukul 6.30 pagi waktu kita di Semenanjung Malaysia. Sementara menunggu Cecep dan Pak Agung, kami melihat-lihat kawasan penginapan kami... Sudah ramai orang disini yang datang berniaga, dari menjual strawberry hinggalah ke perkhidmatan menaiki kuda. Kawasan disini memang sejuk dan nyaman, ditambah dengan pemandangan yang indah sekeliling villa kami. Disebelahnya ada kawasan menanam kubis dan tomato. Disini tanahnya subur, ditambah dengan cuaca yang sejuk.
Merasai strawberry dan raspberry
di pagi hari
Jadi tanaman sayur dan pokok bunga memang hidup subur disini. Dan kami sempat membeli strawberry dan raspberry pagi itu dari salah seorang penjual dengan harga 50 ribu rupiah untuk 3 bekas. Ya! harganya baru lebih kurang RM14. Memang murah! Sebelum bersarapan, merasai kenikmatan strawberry dan raspberry di waktu pagi, ditambah dengan cuaca yang nyaman, memang best!




Sarapan pertama kami di Bandung
Lebih kurang pukul 7.30 pagi, destinasi kami yang pertama adalah tempat sarapan.. Tempat yang telah kami rancang untuk bersarapan untuk hari pertama kami disini adalah di D'Seuhah Da Lada, makanan orang Sunda, salah satu suku di Indonesia. Kami memesan nasi goreng biasa bersama telur dadar. Memang menjadi kebiasaan disini dihidangkan bersama keropok untuk apa-apa hidangan.
Pemandangan D'Seuhah Da Lada.
(Kenderaan kami van besar warna
kuning keemasan dan disebelah kanannya
Toyota Avanza)
Sedang bersarapan
Untuk air minuman pula, aku minum Kopi Luwak (kopi musang) dan ada antara kami yang memesan air Alpukat (avokado bersama coklat). Sesiapa yang datang ke Bandung, tanpa merasai air Alpukat, padaku memang rugi besar. Memang cukup popular disini, kombinasi antara avokado dan coklat memang tak terkata nikmatnya. Dan setiap kali kami makan atau menjamu selera tak kiralah sarapan, tengahari atau pun makan malam, Cecep dan Pak Agung akan diajak makan bersama kami, tetapi mereka menolak untuk satu meja, dan lebih selesa dimeja yang lain, mungkin malu agaknya..

Pintu masuk ke Tangkuban Parahu
Kawah Ratu
Sesudah bersarapan, destinasi kami seterusnya adalah Tangkuban Parahu, tempat gunung berapi.. Orang dari Malaysia wajib melawat tempat ini kerana Malaysia tidak terdapat walaupun satu bekas gunung berapi. Kali terakhir Tangkuban Parahu meletus adalah pada tahun 1983 dan baru-baru ini tempat ini terpaksa ditutup kerana ia mengeluarkan gas-gas yang boleh merbahayakan orang ramai. Kami bernasib baik tempat ini telah dibuka kembali seminggu sebelum kami tiba.
Pemandangan disepanjang jalan
Dahulu, tempat ini dibawah pengawasan kerajaan, tetapi telah diambil alih oleh syarikat swasta untuk pengurusan baikpulih, pembersihan dan sebagainya. Dan tempat ini dikenakan bayaran sekitar 20-30 ribu Rupiah.. Tetapi apalah sangat dengan nilai yang dibayar jika dibandingkan dengan keindahan dan pengalaman ditempat orang, dan padaku harganya berbaloi. Perjalanan dari pintu gerbang ke Kawah Ratu (kawah paling besar disini) mengambil masa 10-15 minit. Kami menggunakan 2 kenderaan, ibubapa dan adikku naik bersama Cecep dan kami selebihnya naik bersama Pak Agung kerana kenderaannya boleh memuatkan seramai 10 orang.
Membeli belah di gerai-gerai disana
Aku duduk di depan sepanjang berada di Bandung, dan Pak Agung akan menceritakan kisah-kisah menarik bagi setiap tempat yang kami lawati. Setiap tempat pasti ada kisahnya, tidak terkecuali Tangkuban Parahu. Lepas saja pintu gerbang, Pak Agung petah menceritakan tentang kisah lagenda Tangkuban Parahu ini. Aku hanya mendengar, menyampuk sekali sekala jika ada perkataan yang aku kurang faham. Dan tak perlulah aku ceritakan disini kisahnya, korang boleh mencarinya di internet tentang Sangkuriang, cerita Tangkuban Parahu.

Apabila kami sampai di Kawah Ratu, ada bau yang kurang enak disini kerana kawah-kawah mengeluarkan gas sulfur tetapi baunya tidak terlalu kuat. Memang ramai pelancong disini, tidak terkecuali penjaja-penjaja menjual barang masing-masing. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual baju-T dan cenderahati untuk dijadikan kenang-kenangan...

Surau juga disediakan disini
Penjaja disini akan sedaya upaya memujuk kita untuk membeli barangan yang mereka jual. Ada yang menjual tasbih dari batu kawah, ada yang menjual keychain, hinggakan ke permainan kanak-kanak pun ada dijual. Mereka akan memujuk, tolong ambilkan gambar kami, tunjukkan tempat atau gerai yang kami nak tuju dan mereka akan jalan disamping kita hingga tiba tempat tersebut. Dan mereka tak marah atau merungut sekiranya tak beli dari mereka, walaupun mereka dah tunjukkan jalan.. Maaflah kalau aku kata, budaya ini tidak terdapat di Malaysia. Pada kita, mengapa buang masa menunjuk jalan, jika kita boleh dapat pelanggan yang lain. Tetapi tidak disini! Respect!!

Penjaja masih setia menunggu
pelanggan masing-masing
Kami membeli beberapa cenderamata, baju-T dan barangan lain di gerai-gerai sepanjang jalan ke Kawah Ratu. Setelah mengambil gambar dikawah terbesar disini dan rehat sebentar menghilangkan penat, kami mengambil keputusan untuk ke kereta kerana ada rancangan lain selepas ini.
Pelbagai barangan cenderamata dijual
Sepanjang perjalanan aku ke kereta, penjaja-penjaja tadi masih mempromosikan barangan masing masing. Rupanya mereka telah mengekori aku sepanjang aku berada disana sejak Pak Agung turunkan kami di atas. Ayat yang mereka selalu gunakan adalah "buat pecah telur pak, pembuka rejeki. Beli untuk teman-teman di Malaysia." Aku mula rasa kasihan, aku beli beberapa keychain, tasbih dan magnet Tangkuban Parahu sebagai cenderahati. Lagipun, memang aku perlu beli juga nanti untuk kawan-kawanku di Malaysia.

Rehat menikmati jagung bakar
Pekena jagung bakar pedas
Sesudah semunya berkumpul di kereta, destinasi kami seterusnya adalah Wisata Air Panas Alam Sari Ater, ataupun Sari Ater Hot Spring. Destinasi kami seterusnya tidaklah terlalu jauh, ia mengambil masa lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada keadaan traffic. Banyak ladang teh di kawasan ini, dan aku lihat ramai pelancong berhenti ditepi-tepi jalan untuk mengambil gambar dan berehat dikedai-kedai makan. Tidak terkecuali, kami juga berhenti sebentar di salah satu gerai untuk menikmati jagung bakar. Jagung bakarnya di sapu dengan mentega, dan ditanya sama ada aku mahukan yang pedas. Aku memilih yang pedas, kerana belum pernah aku makan jagung bakar pedas di Malaysia. Memang terasa sedapnya, cuaca yang dingin ditambah pula dengan jagung bakar pedas yang baru di angkat dari pemanggang. Memang sedap! Kami semua memesan seorang satu, tidak lupa mempelawa Cecep dan Pak Agung. Tetapi mereka menolak baik pelawaan kami dan hanya berehat sambil menghisap rokok sahaja. Setelah selesai, kami menaiki semula kenderaan kami dan meneruskan perjalanan ke Hot Spring.
Cecep berjaket hitam dan
Pak Agung bertopi

Banyak yang aku bualkan dengan Pak Agung dalam kereta, tapi sebenarnya aku lebih banyak bertanyakan soalan. Dari makanan, bahasa, politik hingga budaya orang Indonesia semuanya aku nak tahu. Seronok berbual dengannya, jawapannya ringkas, tapi ada masanya diselitkan dengan lawak jenaka yang membuatkan aku senang berbual dengannya. Cecep juga begitu, dari perwatakkan nampak pendiam orangnya, tapi bila dah kenal baru tahu dia boleh diajak bergurau. Namun jujur aku katakan, keduanya sentiasa lembut dalam percakapan dan berbudi bahasa. Dan ini bukan dibuat-buat, kerana kita tahu sama ada seseorang itu jujur dalam kelakuannya atau tidak.

Tiba di Sari Ater Hot Spring
Aktiviti merendam kaki di air panas
Seronok berbual dengan Pak Agung membuatkan aku tidak sedar kami telah tiba di Hot Spring. Bayaran yang dikenakan tidak mahal mana, dalam belasan ribu rupiah. Sesudah berkumpul, kami seramai 17 orang masuk ke tempat merendam kaki. Dikawasan itu telah menunggu penjaja ais-krim mempromosikan barang niaga mereka. Mulanya kami menolak baik dan masing-masing sudah mula menanggalkan kasut untuk merendam kaki masing-masing. Dan ini satu lagi kisah yang akan aku ceritakan yang tak berlaku di negara kita. Ayahku mengalami sakit kaki dibahagian lutut sejak beberapa bulan yang lalu. Peniaga ais-krim tadi melihat ayahku jalan perlahan menuruni tangga, lantas meletakkan beg berisi ais-krimnya tadi dan membantu ayahku turun. Bukan setakat itu sahaja, dia juga membantu mengurutkan kaki ayahku yang sakit itu. Dan orang yang membantu ini adalah orang yang kami menolak untuk membeli ais-krim tadi. Terpegun aku melihatnya, tidak terlintas dibenak fikiranku masih ada orang yang baik hati dan ikhlas membantu orang lain di atas bumi Allah ini. Sesudah itu, adikku membeli beberapa batang ais-krim untuk kami makan bersama sambil merendamkan kaki.
Pisang Keju

Mesti cuba, Tahu Sumedang
Aku disini tidak merendam kaki, sebaliknya aku bersama ibuku mencari-cari makanan popular orang Bandung. Dan kami jumpa gerai yang menjual Pisang Keju dan Tahu Sumedang. Sebelum tiba di Bandung lagi, ibuku sibuk menyuruh aku rasa dua makanan ini apabila sampai nanti. Rasanya? Serious aku cakap terbaik! Tauhu goreng di makan bersama cili api, manakala satu lagi pisang dibakar diletakkan keju, susu cair dan chocolate rice. Tidak boleh aku cakap rasanya disini, korang perlu rasai sendiri. Patutlah ibuku sibuk suruh kami merasa kedua-dua makanan ini. Memang sedap!

Pertama kali menunggang sendiri
Bersama kuda masing-masing
Selepas itu, kami bersiap-siap untuk menaiki kereta kuda pula. Ditempat menunggang kuda, telah menunggu penjaga mengajak kami untuk menunggang. Melihat ada antara kami memegang kamera, mereka meminta kamera kami supaya boleh diambil gambar semasa menunggang nanti. Ada antara kami yang menaiki kereta kuda, tapi aku dan adik-adikku memilih untuk menunggang kuda. Mulanya penjaga kuda tadi hanya menarik tali kuda yang aku naik, tetapi kemudian mula mengajarkan aku perkara asas untuk menunggang kuda sendiri tanpa bantuan. Bagaikan seorang cowboy, pertama kali dalam hidup kami menunggang seekor kuda. Orang yang memegang kameraku tadi masih mengikutku, mengambil gambar aku menunggang dengan berbagai gaya. Bila kuda yang aku tunggang tadi berjalan laju, dia berlari anak mengejarku dan penarik tali tadi telah jauh aku tinggalkan.. Kesian.. Dengan bayaran 70 ribu rupiah, aku puas menunggang kuda. Orang yang awalnya menarik kuda tadi kubayar, namun kuberi juga upah pada si pengambil gambar tadi. Dia penat mengejarku sekeliling kawasan hot spring, bukanlah senang bagi dia... Aku hulurkan duit, walaupun mereka tidak meminta dan tak perlu pun untuk aku membayar, tapi aku tak sampai hati.. Dia mengucapkan terima kasih padaku dan aku tersedar ada lebih ramai orang diluar sana yang bekerja keras hanya untuk sesuap nasi. Selepas semua orang puas hati di Hot Spring, kami keluar dan menunggu kenderaan kami untuk destinasi seterusnya.

Antara gambar yang diambil sepanjang
perjalanan
Oleh kerana hari sudah petang sekitar 3.30 petang dan kami masih belum makan tengahari lagi, destinasi seterusnya adalah Kampung Daun. Perjalanan ke Kampung Daun tidak terlalu jauh namun mengambil masa yang agak panjang kerana kami teperangkap dalam kesesakkan jalan raya. Dan kami berpatah balik melalui jalan Tangkuban Parahu dan menurut Pak Agung, kesesakkan ini perkara biasa kerana hari itu adalah hari Ahad. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara bertumpu kedua-dua tempat yang kami lawati tadi. Dalam perjalanan, kami berhenti seketika di gerai menjual nanas. Kami disambut oleh seorang tua yang menjual buah-buahan selain nanas seperti pisang dan lain lain. Ini juga salah satu makanan yang perlu di cuba di Bandung walaupun negara kita juga terdapat buah ini. 

Rehat sebentar menikmati nanas manis
Yang membuatkan aku tertarik, cara orang tua ini memotong buah nanas betul-betul unik. Sesudah dibuang kulitnya, ada cara tersendiri pakcik ini memotong buah nanas tersebut. Diberikan kepada kami dengan batangnya sekali, kami cuma perlu mengambil buah tersebut yang telah dikelar oleh pakcik ini. Sukar aku nak terangkan disini bagaimana rupanya, korang perlu melihatnya sendiri. Nanasnya cukup manis, kami makan didalam kereta menuju ke Kampung Daun. Kami berhenti sebentar di sebuah restoran, bukan untuk makan tetapi anak buahku perlu ditukar lampinnya. Yang lain juga tidak lepaskan peluang, ada yang ke tandas dan ada juga turun dari kereta kerana kami terperangkap dalam kesesakkan hampir 2 jam. Dikesempatan ini, aku meminta Cecep untuk membelikan aku sim card talian Indonesia. Orang dari kereta kami saja, 6 sim card diperlukan untuk memudahkan kami berhubung sekiranya terpisah. Ini kerana, aktiviti kami esok lebih padat, dan tempat yang akan kami lawati pastinya akan ada lebih ramai orang. Kami memberikan 50 ribu rupiah seorang untuk harga sim card tersebut. 
Pemandangan gerai menjual buah
sepanjang perjalanan ke
Kampung Daun

Cecep sendiri yang mencadangkan kepada kami biar dia saja yang membelinya kerana takut-takut ada peniaga yang akan mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi apabila tahu kami pelancong dari Malaysia. Dengan 50 ribu rupiah, dia menyatakan akan ada kredit tersedia didalam sebanyak 27 ribu rupiah untuk panggilan, sms ataupun internet. Lebih senang bagiku beli sim card prepaid Indonesia  sahaja, disini tak perlu register minta IC atau macam-macam procedure lain seperti dinegara kita. Aku tak mahu aktifkan service roaming, bukannya aku nak buat panggilan ke Malaysia pun, hanya sekadar antara rombongan kami saja. Lagipun mengapa aku perlu bayar lebih untuk roaming? Dengan 50 ribu Rupiah (RM14), aku boleh buat pangilan antara kami dan guna internet lebih murah. Sesudah berehat, kami meneruskan perjalanan. Kampung Daun, here we come!

Selamat Datang Ke Kampung Daun
Kami tiba di Kampung Daun kira-kira pukul 5 petang. Aku difahamkan Kampung Daun berkonsepkan makanan oriental. Dari makanan Sunda hingga ke western, boleh kata semua yang popular ada. Matahari telah mula terbenam seperti waktu kita di Malaysia pukul 6.30 petang. Kami menunggu pelayan agak lama untuk datang ke pondok kami, malangnya masih tidak kelihatan. Aku terus ke tempat cashier, atau dalam bahasa Indonesianya Kasir, meminta pelayan datang ke tempat kami. Dia memberitahuku sekiranya perlukan pelayan, aku hanya perlu mengetuk buluh tersedia yang digantung sebagai isyarat. Adikku mula buat perangai di sini, diketuknya buluh tersebut seperti dikampung-kampung seolah-olah telah masuk waktu solat.

Kerak Telur, boleh pilih telur
ayam atau itik. Wajib cuba
Kami terhibur walaupun badan penat setelah seharian berjalan dan perut agak lapar. Setelah pelayan mengambil pesanan, ibuku datang bersama kuih yang dijual penjaja disekitar kawasan Kampung Daun, iaitu  Kerak Telur dan Kuih Dangai (maaf, aku terlupa panggilannya di Indonesia). Kerak Telur ini memang sedap, makanan tradisi orang Batawi, ada serunding diatasnya dan kami rasa bersama-sama untuk mengalaminya sendiri kerana ini juga salah satu makanan yang di sarankan oleh ibuku untuk rasa sepanjang berada di Bandung. Kerana ramai, aku kira tidak cukup Kerak Telur dan Kuih Dangai yang dibeli oleh ibuku. Untuk Kerak Telur, kita boleh memilih sama ada mahukan telur ayam ataupun itik. Aku memilih kedua-duanya, untuk kami makan bersama sementara menunggu makanan kami sampai. Manakala Kuih Dangai juga sedap, terasa inti kelapa mudanya. Aku belum pernah makan kuih ini di Malaysia, tetapi berpeluang merasainya di sana. Memang sedap!

Memang cantik pemandangan
di waktu malam
Sementara menunggu makanan kami sampai, aku berjalan-jalan disekitar kawasan restoran. Memang cantik, dan tempatnya memang luas. Ada saja pondok tempat orang menjamu selera, sama ada nak berkerusi atau bersila, terpulang pada masing-masing. Aku berjalan sehingga ke air terjun, serious aku cakap memang cantik dan indah. Hari telah mula gelap, pekerja di Kampung Daun telah mula menyalakan pelita dan unggun api di kawasan itu. Walaupun cahaya dikawasan ini suram tetapi tidak pula terlalu malap, tapi tempat ini berjaya menarik perhatian aku. Di kawasan air terjunnya diletakkan lampu untuk menarik perhatian pengunjung. Diatas kawasan air terjunnya pula, ada kawasan disekitar unggun api untuk pengunjung berehat sambil minum kopi atau dipanggil ngopi. Memang best! Puas mengambil gambar, aku kembali ke pondok kami. Tak lama kemudian, pelayan sampai membawa makanan yang kami pesan.

Es Cincau Hijau. Thumbs up..
 Terbaik!
Makanan aku Nasi Goreng Kampung Daun dan Air Cincau Hijau yang dipesan sudah sampai. Makanannya pada aku boleh tahan juga sedapnya, tetapi aku tak boleh lupa Es Cincau Hijau. Padaku satu sahaja tak cukup, tengah makan air minumku sudah hampir habis. Aku suruh adikku ketuk lagi buluh tu supaya pelayan datang, kerana aku mahukan satu lagi Es Cincau Hijau. Memang sedap!

Nasi Goreng Kampung Daun
Ada antara kami yang memesan Nasi Goreng Seafood, dimana ia dihidangkan dalam buah nanas. Tapi jangan lupa juga Nasi Timbel, makanan yang cukup popular di Bandung ni. Adik iparku memang tak boleh lekang dengan air Alpukat, sejak dari hari pertama kami di sini. Sepupu dan adikku ada memesan Sop Buntut, malangnya telah kehabisan dan mengambil keputusan memesan Sop Iga Sapi Bakar. Jangan salah sangka, Sop Buntut adalah Sup Ekor jika kita di Malaysia. Sup disini dihidangkan lain sedikit caranya. Sapi atau daging lembu tidak disekalikan, tetapi berasingan.
Bergambar bersama Cecep
Sebelum makanan tiba.
Pinjam gambar Pak Agung! :)
Adikku cukup memuji tentang daging sapi tersebut, memang well marinate. Walaupun begitu, sup ternyata tidak berapa digemari dikalangan kami, kerana rasanya agak manis berbanding dinegara kita yang berempah dan ada rasa pedas sedikit.

Tetapi secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan makanan serta layanan yang diberikan oleh pihak Kampung Daun sepanjang menikmati makanan dan suasana disini. Kali ini, Cecep dan Pak Agung duduk semeja dengan kami, dan kami sempat berlawak jenaka sepanjang menikmati hidangan.

Tengah lapar semua senyap dapat makan.
Nasi yang dibungkus dengan daun
pisang adalah Nasi Timbel.
Mesti cuba!
Sedang kami berehat-rehat dipondok kami setelah selesai menikmati hidangan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Tanpa diminta, Pak Agung dan Cecep terus ke Kasir (cashier) meminta pinjamkan payung untuk kami setelah melihat kami sudah bersiap-siap untuk berangkat. Pekerja Kampung Daun ada juga yang mengiringi kami ke kereta dengan payung, begitu juga dengan Pak Agung dan Cecep. Setelah mengucapkan terima kasih oleh pekerja Kampung Daun, kami berangkat pulang ke villa kami. Sepatutnya kami ke Cihampelas petang tu, tempat menjual pelbagai jenis baju dan seluar. Memandangkan hari sudah pukul 8 malam, kami mengambil keputusan untuk kesana keesokkan harinya. Kami sudah terlari dari jadual asal ekoran kesesakan jalan dari Hot Spring ke Kampung Daun tadi. Tapi tidak kisah, masih ada banyak waktu kerana kami ada baki 2 hari lagi untuk berjalan di Kota Bandung.

Indomaret, kedai serbaneka
popular disana. 
Dalam perjalanan pulang, kami minta Cecep dan Pak Agung singgah di mana-mana kedai untuk kami membeli makanan ringan dan minuman 3 in 1 buat minum-minum di tengah malam dan sarapan pagi. Sedap juga kalau dapat pekena kopi atau cappucino panas di villa kami, kerana tempatnya memang dingin dan nyaman. Pak Supir kami singgah di Indomaret, salah satu kedai serbaneka yang popular disana. Banyak juga kami beli, dari cappucino, roti hingga ke PopMie. Harganya memang murah, berbanding dengan kedai serbaneka kita disini. Setelah selesai kami pulang ke villa kami, Cecep dan Pak Agung meminta diri untuk keluar sebentar dan akan datang semula ke tempat kediaman kami untuk bawakan seterika dan selimut lebih.
Sim card yang digunakan
sepanjang kami
di Bandung
Dia juga perlu membeli sim card kami malam itu juga kerana tidak mahu tergesa-gesa keesokkan harinya. Malam itu kami berbual-bual diantara kami, ada juga yang sibuk melihat barang-barang yang telah dibeli di Tangkuban Parahu seperti baju-T dan sebagainya. Tidak lama kemudian, Cecep dan Pak Agung tiba semula membawakan barang yang dipesan sebelum ini. Setelah mengucapkan selamat beristirehat, mereka meminta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang semula keesokkan harinya seawal 6 pagi. 







24 November 2013

Kami telah bersedia untuk jelajah
Bandung hari kedua
Seperti yang telah dijanjikan, Cecep dan Pak Agung telah berada di villa kami seawal 6 pagi dan mengucapkan selamat pagi kepada kami dengan mesra. Seperti yang telah aku katakan, 6 pagi disini sudah terang. Tapi oleh kerana villa kami terletak diatas bukit, udara sejuk ada masanya buatkan aku tak tahan juga. Adikku berbangga dengan jaket yang telah dibelinya semalam di Tangkuban Parahu dengan harga 200 ribu Rupiah dan memakainya pagi itu. Aku hanya mengenakan baju-T cop Bandung yang telah kubeli di Tangkuban Perahu. Jujur aku katakan, aku tidak bawa banyak baju ke Bandung, cukup untuk hari pertama sahaja. Sebenarnya, ramai antara kami juga begitu, menunggu masa untuk shopping baju dan seluar baru.

Pemandangan biasa di kota Bandung
Hanya dengan minum air cappuccino segera yang telah kami beli di Indomaret malam tadi, dan tujuan kami adalah untuk membeli kuih-muih di satu tempat yang cukup terkenal dan hanya terdapat di Bandung sahaja, iaitu di Kartika Sari. Setelah semua bersedia, dengan lafaz Bismillah kami meneruskan perjalanan menuju ke Kartika Sari, destinasi pertama kami untuk hari kedua. Perjalanan ke Kartika Sari mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dari tempat penginapan kami. 
Dalam perjalanan, seperti hari semalam juga, aku berbual-bual dengan Pak Agung. Kali ini aku pertanyaanku lebih berkisar kepada makanan, kerana aku teringin mencuba makanan yang dijual oleh penjaja ditepi-tepi jalan terutamanya bakso. Namun, Pak Agung tidak mengesyorkannya kerana takut kami tak biasa makan di tepi-tepi jalan. Bukan sebab kebersihannya, tapi takut perut kami tak dapat terima makanan sebegitu. Mungkin orang di Indonesia sudah biasa, tetapi pada kami mungkin tidak. Namun pada pendapat aku, selalunya makanan yang dijual di gerai-gerai selalunya lebih sedap dari restoran besar-besar. Tapi mungkin ada betulnya juga kata Pak Agung itu.

Bergambar sebagai tanda kami telah ke Kartika Sari
 Cecep bawa kami ke salah satu cawangan Kartika Sari antara terbesar di Bandung, namun ibuku meminta untuk hantarkan kami semua ke Kartika Sari di Kebon Kawung. Ibuku lebih suka disini berbanding tempat lain, dan setiapkali datang cuma di HQ Kartika Sari ini saja, bukannya di cawangan yang lain. Selepas lebih kurang 15-20 minit, kami tiba di tempat yang dituju. Tempat ini telah dibuka seawal 7 pagi, dan aroma kuih, kek dan biskut semerbak dikawasan itu dan benar-benar menyelerakan. Sebelum masuk, kami bergambar dihadapan pintu masuk dan kami adalah antara pelanggan terawal untuk hari itu. Ini pesanan dari aku, kalau pergi melancong ke Bandung tetapi tidak ke Kartika Sari, secara automatiknya tidak lengkap percutian anda.


Brownies Almond bakar, favouriteku
Sudah puas bergambar, kami pun masuk, dan aku menjadi rambang mata tak tahu kuih, kek atau biskut apa yang harusku beli. Aku melihat-lihat didalam kedai, terlalu banyak makanan yang membuka seleraku. Aku serahkan semuanya pada isteriku, membeli kuih untuk sarapan kami pagi itu dan juga kek dan biskut untuk dibawa pulang nanti ke Malaysia. Ibu, adik dan iparku juga tidak terkecuali, membeli dan memesan kek untuk diambil pada 26hb nanti, hari untuk kami berlepas pulang. Kuih kegemaranku turut dijual disini, iaitu kuih Celorong. Memang terasa kemanisan gulanya. Dulu masa aku tinggal di Miri, Sarawak selalu juga lihat kuih ini. Semenjak pindah ke Semenanjung, tidak berjumpa lagi. Akhirnya, dikota Bandung juga kutemui.

Terbaik dari Kartika Sari,
Bagelen Special Butter.
Wajib beli!
Tetapi selain kuih itu, ada beberapa makanan yang jangan sesekali korang lupakan. Brownies sama ada kukus atau bakar (aku lebih gemarkan brownies bakar) dan yang paling penting sekali ialah special dari Kartika Sari iaitu Bagelen. French toast yang cukup lembut, tidak seperti french toast yang biasa kita beli dikedai atau pasaraya di Malaysia, ditambah pula dengan butternya dan dibakar membuatkan aku tidak cukup dua atau tiga packet. Dan nasihat dari ibuku sebelum kami ke Bandung berulang kali, "biar menyesal membeli jangan menyesal tak membeli". Ya. Sekarang aku menyesal tidak membeli Bagelen ini lebih banyak, dan isteriku hanya membeli 1 packet besar dimana dalamnya ada dalam 14 paket kecil. Aku sempat merasa Bagelen Butter saja, malah mereka juga ada menjual Bagelen Mocha dan Bagelen Cheese. Hmm.. Tak apa... Insyallah next trip aku akan beli Bagelan ini banyak-banyak atau siapa yang ada plan pergi dalam masa terdekat ni beritahu aku, aku nak kirim.. Hehe...


Adikku hanya mampu tersenyum peniaga menawarkan
harga yang lebih murah dari harga dia beli sebelumnya.
Belakang: Kami sedang memilih saiz dan warna
jaket
Dan dimana-mana kami pergi, memang akan ada yang menjaja barangan masing-masing. Kali ini ada yang menjual dompet, tali pinggang dan banyak barangan lain. Seorang penjaja terlihat jaket yang dipakai adikku, lantas memberitahu kami dia juga ada menjual jaket serupa, dengan harga cuma 130 ribu Rupiah sahaja. Aku terus bertanyakan saiz untukku dan memilih warna hitam. Melihat aku sedang mencuba jaket itu, adik-adik dan sepupuku turut berminat untuk membeli.

Sempat membeli kerepek sebelum
ke destinasi seterusnya
Walaupun adikku telah membeli satu di Tangkuban Parahu pada hari sebelumnya, dia masih membeli lagi jaket yang sama buat hadiah kawan-kawannya di pejabat. Memang tak menang tangan si penjual ini, waktu itu saja kami membeli dalam 7-8 helai jaket hanya dari dia seorang. Setelah kami selesai membeli jaket, disebelah Kartika Sari ada terdapat gerai menjual kerepek. Gerainya kecil sahaja, tapi penuh dengan pelbagai aneka jenis kerepek. Kami membeli beberapa paket berlainan jenis untuk dimakan di sana dan ada juga untuk dibawa pulang ke tanahair. Tidak dilupakan kerepek yang popular disini, kerepek Pisang Salai, kerepek Tempe dan kerepek Pisang Keju


Pisang keju terbaik aku rasa
sepanjang aku di Bandung
Pak Agung dan Cecep meletakkan kereta ditepi jalan besar sementara kami membeli belah di Kartika Sari. Sesiapa diantara kami yang sudah selesai, aku menyuruh mereka terus ke kereta kerana kami ada jadual yang perlu diikuti dan tidak mahu terlepas seperti hari pertama di sini. Dalam perjalanan kami ke kereta, aku dan ibuku terlihat ada satu gerai kecil baru sahaja memulakan perniagaannya pagi itu. Dari jauh lagi kami telah terlihat perkataan "Pisang Keju" di hadapan gerai tersebut. Aku dan ibuku tidak membuang masa, kami terus memesan pisang keju 2 bekas untuk dimakan didalam kereta masing-masing.
Walaupun sekadar gerai kecil,
tapi lihatlah brand keju yang digunakan
Benar tekaanku, gerai kecil menyediakan makanan lebih sedap dari tempat yang besar atau restoran. Pisang kejunya lebih terasa keenakkannya, pisang tanduknya saja sudah cukup manis di tambah keju Kraft, susu cair dan tidak lupa ditabur chocolate rice, benar-benar menyelerakan. Walaupun aku sudah merasainya di Hot Spring hari sebelumnya, tapi kali ini padaku lebih sedap lagi. Jika di Hot Spring aku berikan satu thumb up, kali ini ikhlas aku berikan dua tangan thumbs up. Terbaik sangat!!


Pasar Baru, memang destinasi wajib disini
Arah tuju kami yang seterusnya adalah yang ditunggu-tunggu oleh kaum wanita dalam rombongan kami, Pasar Baru Trade Centre. Dalam kereta lagi dah kedengaran suara masing-masing teruja untuk shopping sakan sekejap lagi. Sebelum sampai, Pak Agung memberitahuku akan ada orang menunggu kami untuk tunjukkan jalan dan kedai di dalam Pasar Baru nanti. Namanya Zul, tapi sebutan orang disini jadi Jul kerana huruf Z berbunyi J. Tapi kami tetap memanggilnya Zul dan dia boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan fasih. Sesudah sampai, kami diberi taklimat keselamatan oleh Zul, dimana dompet dinasihatkan jangan diletakkan di poket belakang. Ini kerana disini banyak pencopet atau penyeluk saku. Jika dulu aktiviti mencopet ini di lakukan oleh orang lelaki, namun sekarang menurut Zul ia dilakukan oleh wanita bertudung. Zul juga menasihatkan agar beg sandang diletakkan dibahagian depan badan, supaya tidak dibuka oleh orang dimasa kita sedang lalai. Setelah semuanya faham, kami masuk ikut pintu hadapan Pasar Baru.

Sesi shopping sakan bermula,
mula dengan telekung dahulu
Kemana yang kami hendak tuju, kami akan beritahu Zul dan dia akan bawa kami ke kedai tersebut dengan harga istimewa. Kedai pertama kami tuju adalah kedai telekung, dan aku melihat isteri, adik, ipar dan makcikku memilih telekung yang mereka berkenan untuk di bawa pulang. Ada untuk kegunaan sendiri dan ada pula untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga. Lama juga kami di kedai pertama ini, hinggakan tekakku mula terasa haus. Tapi disini penjaja akan sentiasa meronda dengan troli masing-masing penuh dengan air minuman untuk pengunjung menghilangkan dahaga. Kubeli beberapa jenis air aneka rasa, buat membasahkan tekak.

Kemudian ahli rombonganku mahu membeli kain pula, lantas Zul mencadangkan untuk pergi ke Sir Cinta, salah satu kedai kain yang agak popular disini. Tapi di dalam bangunan ini saja ada banyak cawangan Sir Cinta, dan adalah dinasihatkan supaya anda mengambil business card kedai tersebut untuk memudahkan anda mencarinya di masa hadapan. Kami melalui jalan tempat meletak kereta, dan dicelah-celah tempat parking itu ada satu cawangan kedai kain Sir Cinta. Kami meninggalkan adikku dan isterinya disitu kerana dia memang sudah ada rancangan untuk membeli secara borong di kedai tersebut.

Ngopi dulu di Cosmo sementara
menunggu kumpulan wanita
 bershopping
Dan kami selebihnya pergi pula ke kedai lain untuk membeli belah iaitu di The Cosmo. Benda pertama yang aku ternampak di Cosmo adalah sebuah sofa dan aku terus menuju dan melabuhkan punggungku di situ. Terasa lega kakiku kerana terpaksa berdiri agak lama. Beberapa lama kemudian, seorang pekerja bertanyakan padaku jika mahu minum kopi sambil menunggu ahli rombonganku selesai memilih kain. Aku meminta black coffee dan 5 minit kemudian terhidang dihadapanku secawan kopi dan beberapa potong kuih. Dan aku kagum, cara orang disini menarik pelanggan. Belum pernah di negaraku sendiri ketika menemani isteriku membeli kain, pekerja kedai menawarkan kepadaku air minuman walaupun air kosong.

Antara kedai yang menjadi pilihan ibuku
Lama juga aku terpaksa menunggu di kedai kain Cosmo ini. Aku lihat rombonganku sudah tiada dalam kedai dan menurut Zul, mereka telah pergi ke kedai lain pula, iaitu Shekinah Textile. Zul menyarankan agar aku tunggu saja di Cosmo ini, sambil-sambil ngopi. Ujar Zul, tak perlu risau walaupun rombonganku sudah tidak dikedai yang sama, tapi sekiranya aku perlukan air minuman, minta saja dari pekerja kedai Cosmo itu. Walaupun begitu, aku merasa segan, dan memutuskan untuk duduk saja di sofa itu bersama dua orang anak kecilku. Beri pula isteriku bebas kali ini, biar dia senang membuat pilihan kain tanpa diganggu oleh dua anak kecilku. Ayahku pula sejak dari kedai telekung tadi dah hilang, tak tahu merayap kemana. Tapi aku tak risau, kami dah ambil nombor telefon baru di Indonesia, sekiranya apa-apa aku akan hubungi dia nanti.

Membeli T Shirt Bandung untuk
dibawa pulang
Aku kasihan pada Zul, sekarang rombongan kami telah berpecah kepada 3 kumpulan. Sekejap dia terpaksa berkejar ke tempat adikku di Sir Cinta untuk lihat sudah selesai atau tidak. Kumpulan ibu, isteri dan makcikku berada di Shekinah Textile, juga perlu dijenguk. Aku, anak-anak kecil dan pakcikku masih menunggu di Cosmo. Bila Zul datang ke tempat kami menunggu, aku menyuruhnya rehat sebentar, minum dan hisap rokok dulu bagi menghilangkan penat. Dan aku memberitahu padanya tak perlu jenguk kami disini. Cuma ikut sahaja kumpulan ibuku, dan ambil nombor telefon adikku di Sir Cinta. Tak perlu berkejar kesana kemari. Jika anda rasa Zul hanya sekadar menunjuk jalan kami di dalam Pasar Baru, ternyata anda tersilap. Selain menunjuk jalan, Zul juga bertanggungjawab mengangkat barang-barang kami yang telah dibeli di Pasar Baru. 

Hari kurang sibuk di Pasar Baru
Selalunya, barang barang itu akan ditinggalkan dahulu di kedai selepas pembelian dan Zul akan datang semula untuk mengangkatnya ke kereta kami kelak. Walau ringan manapun barang yang kami beli, Zul mendesak untuk membawanya. Ayahku bercerita ketika di Pasar Baru, dia baru membeli sepasang seluar di salah sebuah kedai disitu. Selesai membayar, Zul dengan pantas mengambil beg plastik dari tangan ayahku, tidak membenarkan ayahku membawanya. Ayahku menolak baik pertolongannya, lantas dia menjawab "tak apa pak, biar saya bawa. Nanti Pak Agung marah pada saya". Bila terkenang kembali pada Zul, aku sebak. Aku terkenang wajahnya yang sentiasa senyum walaupun peluh keluar dari tubuhnya mencurah-curah. Jika dia baru sampai di kumpulan ibuku, ada kalanya makcik atau ibuku meminta untuk ditunjukkan kedai yang lain pula, seperti mahu cepat. Dan jawapan ringkas dari Zul "Bu, sabar ya, sabar", katanya dengan tersenyum. Tiada gambar Zul dalam kameraku, kerana Zul selalu bersama kumpulan ibuku dan adikku di Sir Cinta. Begitu tabah dia mencari rezeki tanpa merungut walau sekali, malah sentiasa tersenyum.

Dah lebih masa makan,
anakku perlu diberi makan dahulu
Aku tak tahu aku menunggu di Cosmo berapa lama, tapi akhirnya Zul datang dan memberitahu kumpulan ibuku mahu ke tingkat atas untuk melihat-lihat baju atau seluar yang dijual. Kami semua ke tingkat atas, dan kami terlihat satu kedai yang menjual baju-T Bandung dengan harga 100 ribu rupiah untuk 5 helai. Aku lihat Zul membisikkan sesuatu kepada pekerja kedai dan harga serta merta berubah dari 5 helai kepada 6 helai dengan harga yang sama. Isteriku mahu membeli sedozen, buat diri sendiri dan ada juga yang mahu diberi kepada kawan di pejabat. Orang lain juga tak mahu lepaskan peluang, adik perempuanku turut membeli beberapa pasang. Sementara itu, aku diberitahu yang adik lelakiku, turut menempah baju melayu yang boleh siap keesokkan harinya dengan harga lebih kurang 150 ribu rupiah, termasuk harga kain. Ya! Kita di Malaysia upah jahit baju melayu sahaja sudah mencecah RM150, itupun tidak termasuk harga kain.

Lama juga aku menunggu di kedai ini sementara
kaum wanita sakan bershopping
Setelah kami semua selesai, termasuk adikku di Sir Cinta, kami berkumpul di satu tempat didalam Pasar Baru. Zul meminta kebenaran untuk pergi mengambil barang-barang yang telah dibeli oleh kami untuk dihantar dahulu di kereta, dan meminta kami tunggu dahulu di situ. Aku sedar, kami banyak membeli barang dan Zul seorang saja memang tak mampu membawanya. Aku dan pakcikku menawar diri untuk membantu, tapi dia menolak dan memberitahuku barang tu sikit dan ringan saja. Aku berkeras dan akhirnya dia membenarkan kami menolong. Kami melalui celah-celah kedai dan pergi semula ke kedai-kedai dimana rombonganku telah membeli-belah, dan membawa keluar sambil menunggu kereta. Aku cuma membawa satu beg plastik besar dan begitu juga pakcikku, tapi Zul membawa 2-3 beg besar. Dalam hatiku bertanya, ini yang dikatakan ringan? Tuhan saja tahu, betapa seksanya aku bawa beg tersebut, dan aku tak tahu bagai mana Zul boleh mengangkat 2-3 beg sekaligus.

Sempat lagi last minute shopping
Setelah meletakkan barang, Zul masuk semula dan mengambil baki rombonganku yang ditinggalkan di Pasar Baru tadi, dan kami bertemu di luar sementara kereta kami tiba. Sebelum kereta tiba, kami buat collection duit sikit sorang untuk diberikan kepada Zul. Pak Agung sudah berpesan kepada aku sebelum ke Pasar Baru lagi, bahawa Zul tak perlu dibayar kerana ia sudah termasuk dalam package. Tapi kami tak sampai hati tidak memberi, lagipun kami memberi bukan kerana tugas Zul tetapi kerana keikhlasannya. Dia tidak pernah merungut, malah sentiasa tersenyum dan sabar walaupun penat. Selepas barang dimasukkan kedalam kereta, aku bersalaman dengan Zul dan menyelitkan beberapa ratus ribu rupiah di tangannya. Dia mengucapkan terima kasih padaku berkali-kali dan memohon maaf sekiranya dia ada melakukan silap. Tidak sama sekali! Dia telah memberikan kami service yang terbaik sepanjang kami di Pasar Baru..

Restoran Simpang Raya, makanan Minang

Penuh meja dengan lauk
Kereta kami bergerak ke tempat makan sebab sudah pukul 2 petang, dan Pak Agung dan Cecep membawa kami ke destinasi seterusnya mengikut rancangan asal ibuku iaitu ke Restoran Simpang Raya, tempat makanan orang Minang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit, dan kami tiba terlebih dahulu kerana Cecep sudah tersilap simpang masuk. Apabila tiba, kami disambut oleh pelayan dan ditunjukkan meja kami. Perut pun dah lapar, dan pelayan mula mengambil pesanan. Seperti biasa, air Alpukat memang menjadi kegemaran kami disini. Seketika kemudian, pelayan datang semula dan menghidangkan lauk-pauk dalam piring-piring kecil dan penuh satu meja. Kepada yang tak tahu jangan risau, restoran ini akan mengenakan bayaran kepada lauk yang diambil saja. Pelbagai lauk-pauk dihidangkan disini, Ayam goreng, ulam-ulam, kari ayam, daging dendeng dan banyak lagi yang tak mahu aku sebut disini, supaya korang boleh datang ke Bandung dan cuba sendiri. Tapi yang perlu korang rasa adalah Ayam Pop, dimana ia di perap bersama air kelapa muda. Seketika kemudian, ibubapa dan adikku tiba dan kami bersama-sama makan tidak terkecuali Pak Agung dan Cecep.
Mempromosikan beg kasut
kepada ayahku.
Makanan kami sepanjang berada di Bandung ditanggung sepenuhnya oleh adik beradik ibuku. Apabila tiba masa untuk bayar, ibuku memberitahu Kasir (cashier) untuk memasukkan bil Cecep dan Pak Agung sekali, tetapi dia memberitahu bahawa Pak Supir yang membawa pelanggan ke restoran tersebut akan makan secara percuma. Sesudah makan, kami berehat sebentar dan ada antara kami ke surau untuk bersolat. Seperti biasa, kami akan didekati oleh penjaja untuk menjual barang masing-masing. Kali ini tiada apa yang kami beli kerana kami exited untuk ke tempat seterusnya, iaitu ke Transtudio..

Anak-anak kecil menjual
surat khabar
Setelah semua selesai, kami mula bergerak ke Transtudio, dan kali ini adik beradik, sepupu dan anak kecil semua exited. Maklumlah, tadi masa shopping di Pasar Baru semua budak-budak merengek bosan. Kali ini tiba masa untuk mereka pula bergembira. Dalam kereta, aku berkata kepada Pak Agung yang aku masih belum nampak walau seorang pengamen (pemusik jalanan) sepanjang aku berada di Bandung. Dan dia berjanji untuk memanggil pengamen datang sekiranya berjumpa nanti. Kami berhenti di lampu isyarat kerana lampu merah, dan pada masa ini aku terlihat beberapa orang kanak-kanak datang menjual surat khabar dari kereta ke kereta. Aku ambil beberapa gambar, kupanggil dan membayar tiga ribu rupiah padanya. Menurut Pak Agung, akhbar KOMPAS yang ku beli adalah akhbar nombor satu di Indonesia. Surat khabar ini bebas bersuara, ada segmen yang menghentam pemerintah, dan ada pula segmen lain yang memuji. Terdapat juga segmen antarabangsa, business dan juga hiburan.

This is Transtudio!
Bergambar dulu sebelum masuk
Lebih kurang pukul 4 petang, kami tiba buat pertama kalinya di tempat hiburan keluarga, Transtudio. Pintu masuknya gah, dari jauh aku dah nampak trek roller coster terkeluar dari bangunan dan terdapat gambar King Kong yang besar. Di salah satu menara roller coster tersebut terpampang perkataan 'TRANSTUDIO'. Pak Agung dan Cecep menurunkan kami di hadapan pintu masuk TransMall, dan kami memberitahu mereka yang kami akan menelefon apabila sudah selesai nanti. Mereka beredar meletakkan kereta dan keluar dari kawasan Transtudio, mungkin pergi ngopi agaknya. Setelah bergambar sepuasnya di depan pintu masuk, kami ke kaunter untuk membeli tiket. Mulanya kami bercadang untuk mengambil tiket VIP sahaja kerana tak perlu beratur untuk naik sebarang permainan nanti, tetapi pekerja disitu memberitahu kami orang tidak ramai sangat hari itu. Jadi tiket biasa berharga 150 ribu rupiah sudah memadai. Setelah semuanya selesai membeli tiket, kami masuk kedalam. Disini tiada sebarang bracelet untuk pakai ditangan, tetapi akan diberi sejenis kad. Kad ini boleh ditopup untuk membeli sebarang makanan, minuman atau cenderahati sepanjang berada didalam Transtudio kerana real cash tidak diterima didalam, semuanya dibayar menggunakan kad yang telah sediakan. Permainan disini semuanya indoor, cuma roller costernya ada trek luar. Jadi kalau hujan tidak menjadi masalah, operasi masih diteruskan seperti biasa.

World Fastest Roller Coster? Bring it on!!
Banyak permainan yang boleh dimain disini antaranya Giant Swing, Marvel Superhero The Ride 4D, Transracing dan banyak lagi. Selain itu permainan kanak-kanak juga ada seperti Si Bolang Adventure (menaiki keretapi), Bumper Car, Science Centre dan banyak lagi permainan yang menyeronokkan. Tetapi sejak dari Malaysia lagi aku dah merancang untuk naik Yamaha Racing Coster, salah satu roller coster terlaju didunia (2 di USA dan salah satunya berada di Bandung). Seramai 6 orang diantara kami yang mahu naik, termasuk bapaku sendiri. Aku rasa ada dalam 7-8 kali pekerja Transtudio bertanya kepada bapaku adakah dia benar-benar sihat dan sebagainya. 

Antara permainan kanak-kanak
yang disediakan disini
Akhir sekali pekerja tersebut memberitahu mereka tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Bapaku mengiakan dan tersenyum, dan mereka tidak tahu ayahku sudah biasa dengan motosikal berkuasa tinggi. Setelah dapati semua selamat untuk berlepas oleh pekerja tersebut, screen besar didepan kami mula mengira untuk dilepaskan. Lorenzo, salah seorang pelumba MotoGP yang terkenal, mula mengira dari 5 hingga 1 dan kami terus memecut laju.

Muka saja nampak senyum,
sebenarnya tengah takut
Serious aku cakap, memang best! Tidak seperti roller coster yang aku naik sebelum ini yang menggunakan kuasa momentum, Yamaha Racing Coster terus memecut sejak mula dilepaskan. Kelajuannya mencecah 120 km sejam, dan yang paling seronok antara kami adalah adik perempuanku. Bab roller coster ni serah padanya, memang dia berani.

Keadaan didalam Transtudio
Selepas itu, kami mula berjalan jalan di dalam dan aku juga menemani anakku menaiki keretapi, cawan berpusing dan lain lain. Rumah hantu dan rock climbing juga terdapat disini, ternyata bukan permainan kegemaran aku. Bila makan, aku topup 100 ribu rupiah, dari bubur ayam, burger hingga ke ais krim Baskin Robbin terdapat disini. Jadi isu makan tiada masalah disini. Kebetulan apabila kami sampai disana, ada kereta berhias dan pertunjukkan. Ada yang berpakaian seperti Michael Jackson, Nemo, Mermaid dan macam macam lagi.

Ada pertunjukkan kereta berhias
malam itu
Anak buahku seronok apabila dikelilingi oleh 3 orang pemain gendang. Setelah puas, dan jam menunjukkan pukul 7 malam, tiba masa kami ke destinasi untuk makan malam. Aku dan adik perempuanku ke tempat menebus semula wang, kerana kad kami masih terdapat baki. Kami menelefon Cecep, dan dia akan menunggu di tempat menurunkan kami petang tadi. Setelah semua naik kereta, kami menuju ke tempat makan, Dapur Sangkuriang, salah satu restoran makanan orang Sunda.


Masa makan, kali ini di Dapur Sangkuriang
Pondok makan kami di Dapur
Sangkuriang
Apabila sampai di Dapur Sangkuriang, kami memilih untuk makan secara bersila. Tempatnya menarik, terdapat ramai juga pelancong dan orang tempatan makan disini. Seperti juga selalu, Cecep dan Pak Agung diajak bersama, tetapi mereka memilih untuk berada dipondok yang lain. Kami memesan Ikan Gurame Terbang, Cumi Goreng Tepung, Ayam Butter, Sop Sayur dan perbagai aneka lauk lain dan tidak lupa kepada ulam-ulaman dan sambal belacannya. Lauk disini sedap sedap belaka, tak tahu aku nak beritahu yang mana tersedap antara semua. Tetapi seperti biasa, air Alpukat juga yang menjadi kegemaran, walaupun ada antara kami yang memesan air buah dan sebagainya. Semuanya lapar, dan makan dengan berselera sekali ditambah pula nasi dan lauk pauk yang panas-panas. Memang menyelerakan! Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan makanan dan layanan oleh pekerja Dapur Sangkuriang. 

Selesai makan, kami terus berangkat ke villa untuk berehat. Tetapi apabila sampai, sudah kujangka ramai antara kami masih belum mahu tidur. Masing masing menunjukkan barangan yang dibeli semasa di Pasar Baru tadi. Aku berbual-bual diberanda bersama ayah dan pakcikku, sambil menikmati cappucino panas dalam suasana nyaman dan sejuk di villa kami.



25 November 2013

Geng seluar tiga suku untuk hari ke-3 di Bandung
Hari ini adalah hari terakhir untuk kami berjalan jalan di Kota Bandung, kerana keesokkan harinya penerbangan pulang kami adalah pukul 11.30 pagi. Jadi hari ini kami perlu menggunakan masa yang ada untuk berjalan sepuasnya sementara masih ada masa. Pagi itu seperti biasa, Cecep dan Pak Agung telah tiba lebih kurang pukul 6 pagi. Kami telah bersedia untuk menjelajah kawasan Bandung yang belum kami menjejakkan kaki. Dengan lafaz Bismillah, kenderaan kami meluncur di jalanraya ke destinasi pertama kami untuk hari itu, Sangrai Warung Sunda untuk bersarapan.

Tempat sarapan kami untuk hari ke-3 di Bandung
Cecep dan Pak Agung turut
bersarapan bersama kami
Sangrai terletak bersebelahan dengan butik Heritage, mudah bersarapan disini kerana Heritage adalah tempat pertama shopping  kami sesudah makan nanti. Di Sangrai, aku memesan bubur ayam dan kopi Luwak, ada yang memesan Soto, Nasi Goreng Gila (mesti cuba), malah juga Bakso. Bubur ayamnya sedap, dihidangkan dengan keropok. Dalam buburnya terdapat ayam, kacang dan berbagai lagi benar-benar membuka seleraku di pagi yang sejuk. Kopi Luwaknya juga pekat, memang sesuai benar dengan tekakku pagi itu. Menurut yang lain, Soto dan Baksonya juga sedap, terasa rempahnya. Jangan sesekali korang lupakan Roti Bakar keju, memang sedap. Kami bersarapan dengan berselera sekali pagi itu sambil kulihat kaum Hawa dalam rombonganku dah mula bercerita tentang apa yang mahu dibeli hari ke-3 ini.

Heritage, tempat pertama
kami hari ke-3
Penat mengejar anak kecilku
disini, tempatnya luas di Heritage
Sudah selesai bersarapan, kami masuk ke bangunan sebelah, Heritage. Ini adalah antara butik kegemaran isteriku, juga terdapat baju untuk lelaki. Ada kemeja, seluar, kasut malah jersey juga ada dijual disini. Aku tidak membeli apa-apa disini, membiarkan isteriku membuat pilihan. Dia membeli beberapa helai seluar disini, yang menurutnya agak murah. Aku cuma menemankan anak kecilku sepanjang berada disini supaya dia tidak bosan sepanjang ibunya membeli belah.



Terminal Tas, menjual pelbagai beg tangan dan dompet
Mencuba kasut, harganya juga
 berpatutan
Rambang mata tak tahu memilih yang
mana satu
Setelah selesai bershopping di Heritage, kami mengambil keputusan untuk ke Terminal Tas pula. Terminal Tas terletak tidak jauh dari situ, dan aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja dan sementara yang lain semuanya menaiki kereta. Aku berjalan perlahan kerana tiada apa yang perlu aku kejar, lagipun aku agak orang wanita akan lama disitu. Segala jenis handbag, dompet, dan juga kasut semuanya terdapat disini. Anak perempuanku turut meminta untuk dibelikan sepasang kasut, tidak terkecuali isteriku yang mana kasutnya telah rosak sejak hari pertama di Bandung. Good timing, dear!  Sementara itu, adik lelaki dan ayahku, yang juga merupakan seorang pegawai tentera, lebih berminat untuk ke kedai sebelahnya, Army Look. Banyak barangan askar yang dijual disini, termasuk pakaian seragam tentera Indonesia.


Aku melihat kereta ini dari laluan kanan
dan ingin masuk ke simpang kiri,
namun hanya sekali hon yang kedengaran
Setelah membeli belah di Terminal Tas, kami mengambil keputusan untuk ke Rumah Tas pula. Walaupun namanya hampir sama, tapi kaum wanita dalam rombonganku lebih berminat untuk ke sini kerana Rumah Tas khusus untuk handbag dan dompet wanita sahaja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit mengikut keadaan trafik. Seperti biasa, aku berbual-bual bersama Pak Agung didalam kereta, dan sepanjang aku 3 hari disini, aku dapati penggunaan hon kereta tidak seperti di negara kita. Aku perhatikan Pak Agung selalu membunyikan hon sekiranya kereta dihadapan kurang fokus (kekiri dan ke kanan) ataupun jika dia hendak memotong. Hon tidak dibunyikan berkali-kali, cukup sekali hon sebagai peringatan. Dan aku lihat pemandu yang di hon tidak marah atau melihat kita seperti di Malaysia, jika korang faham maksud aku. Kita disini jika membunyikan hon, pemandu tersebut sudah pasti mahu melihat wajah kita, mungkin juga dengan muka yang marah.

Pengganti bas disini, Angkut
Dan pemanduan disini sentiasa perlu fokus, kerana ada masanya kereta secara tiba-tiba memberi isyarat mahu ke kiri atau ke kanan. Tetapi Pak Agung seperti telah biasa, ada masanya dia berbual sambil memandang padaku semasa memandu. Pak Agung menceritakan jika pelancong dari Malaysia atau negara lain anik bersamanya, pasti pelik melihat cara pemanduan di sini. Sepanjang aku disini, tiada sebarang bas aku aku temui, namun disini mereka menggunakan van kecil yang dipanggil Angkut. Fungsi sama seperti bas, dan tambang perlu dibayar semasa hendak turun. Pak Supirku, Cecep dan Pak Agung tidak menggalakkan kami menaiki Angkut ini, bukan kerana apa, cuma takut sekiranya sesat melainkan kami arif dan tahu benar tentang jalan-jalan di Bandung ini.

Rumah Tas, pelbagai beg tangan dan wallet terdapat disini
Mencari handbag sesuai
Setelah setengah jam didalam kereta, kami tiba di Rumah Tas. Kaum perempuan rombonganku bagaikan tidak sabar-sabar turun dari kereta dan terus masuk ke kedai. Aku tidak perlu tergesa-gesa kerana ini bukan tempatku membeli-belah. Mereka mula memilih beg tangan yang mereka berkenan, dan aku boleh katakan harganya agak murah dari Malaysia. Kami disini agak lama juga, hampir 40 minit disini. Makcik, adik perempuan dan iparku mencari handbag yang sesuai dengan citarasa mereka, dan masing-masing beranggapan tidak lengkap sekiranya keluar dari Rumah Tas tanpa membeli sesuatu. 


Kami telah tiba di Toko Tiga, tempat wajib pergi untuk kami
Setelah semuanya berpuas hati dengan beg tangan yang baru dibeli, kini tiba masa kami berangkat ke tempat lain pula. Sebelum makan tengahari, ada satu lagi tempat yang perlu dilawati, tempat bagi peminat jeans atau baju original, iaitu Toko Tiga. Ini adalah tempat yang aku tunggu-tunggu kerana sebelum aku ke Bandung ini, aku ada terbaca beberapa blog yang mengatakan Toko Tiga adalah tempat yang memang murah bagi peminat jeans. Jadi aku perlu tahu kesahihan cerita ini dan Toko Tiga memang dalam senarai 'wajib pergi' kami sejak menjejakkan kaki ke Bandung lagi. 

Semuanya original disini
Perjalanan agak lama, dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Apabila hampir tiba, dari jauh lagi aku ternampak papan tanda besar Toko Tiga, disebelah kanan jalan. Pak Supir kami memberhentikan kereta dan membantu kami menyeberang jalan dan tanpa berlengah lagi, kami terus meluru ke dalam kedai. Adik lelakiku tidak masuk ke sini, tetapi lebih berminat membeli di satu kedai tidak jauh dari situ, Karambi tempat menjual barangan tentera seperti Army Look, tetapi lebih besar. Berbalik kepada Toko Tiga, tempatnya memang besar. Kedainya dua tingkat, dan ditengah-tengah kedai ada tempat untuk orang merokok. Memang orang Indonesia ni kuat merokok dan sepanjang aku di sana, boleh dikatakan semua tempat pasti ada tempat merokok tidak terkecuali di Transtudio. Malah, boleh juga aku katakan di Pasar Baru juga adalah 'zon bebas untuk merokok.' Kasihan pada orang yang tidak merokok.

Trademark Toko Tiga
Di Toko Tiga ini, tidak perlu risau kerana jeans atau bajunya adalah original. Harga untuk jeans Levi's disini paling mahal adalah sekitar 600 ribu rupiah, lebih kurang RM200. Ya, memang murah! selain Levi's, terdapat juga jenama jeans popular lain seperti Wrangler dan sebagainya. Kami mencari-cari apa yang mahu dibeli, dan aku mengambil keputusan untuk membeli satu baju DC Comic original (sebenarnya tak perlu aku kata, sebab memang baju disini semuanya original), dan satu lagi baju Hard Rock Cafe masing-masing berharga 79 ribu rupiah, sekitar RM25 sahaja. 

Harga memang murah disini
Ada antara kami yang membeli jeans, tidak terkecuali baju-T. Sesudah membayar, kami diberikan magnet Toko Tiga secara percuma dan ada antara kami ke tempat jahit yang disediakan untuk menjahit bahagian bawah seluar, mengikut kesesuaian saiz masing-masing. Aku seronok disini, kerana dari pagi lagi kami pergi tempat-tempat yang bukan untuk aku membeli belah. Setelah seluar siap dijahit dan adikku pulang dari Karambi, kami menuju ke kereta yang diletakkan berhampiran. Semasa berjalan ke kereta, adik iparku sempat membeli CD Karaoke penyanyi Tegar, bekas seorang pengamen berasal dari kawasan Subang, Bandung.

Di dalam kereta sepanjang ke tempat makan tengahari kami, anakku mula buat perangai. Kami memainkan lagu Tegar, 'aku yang dahulu bukanlah yang sekarang'. Anakku akan menangis setiap kali lagu tersebut habis dan minta untuk dimainkan semula. Dan ini berterusan setiap kali di dalam kereta. Jadi sepanjang hari itu, tiada lagu lain yang dimainkan, kecuali Tegar sahaja. Aku yang asalnya tidak tahu lirik lagu ini, secara automatik telah menghafal lagu ini sedikit sebanyak. Pening dibuatnya penangan anak kecilku. 

Bistro Karamba
Menikmati makan tengahari di Karamba
Perjalanan ke tempat makan kami tidak terlalu jauh, mengambil masa 10-15 minit. Apabila tiba, kami terus ke tempat makan kami untuk hari itu, Bistro Karamba. Disini disediakan makanan Sunda, dan makanan Sunda memang sesuai benar dengan tekakku. Banyak yang boleh dipesan disini, antaranya Sop Gurame, Gurame Bakar, Garume Cobek, Sop Buntut, Buntut Bakar, Ikan Mas Goreng atau Bakar dan banyak lagi tak mampu aku nak sebut disini. Untuk minuman, kali ini aku minum Sirap Bandung Soda (disini tidak dipanggil sirap bandung, maaf aku terlupa namanya). Cecep dan Pak Agung tidak terkecuali, tetapi mereka memilih untuk berada di meja luar, mungkin senang menghisap rokok. Sebelum sampai, kami dihidangkan dengan otak-otak, versi Indonesia dan berlainan rasanya dari kita di Malaysia. Otak-otak disini di hidangkan dengan sos. Walaupun lain, rasanya boleh tahan juga. Apabila makanan yang kami pesan telah sampai, kami makan sepuasnya di Bistro Karamba, dan aku akui memang sedap masakan disini. Apa-apa yang kami ingin tambah makanan atau memesan air lagi, semuanya di jawab dengan "bisa pak!". Setelah semuanya kenyang, ada antara kami menunaikan solat Zohor dahulu sebelum ke destinasi seterusnya.

Ukulele, gitar kecil
4 tali
Belum sempat kami ke kereta, hujan turun dengan lebat. Pak Supir kami mendapatkan payung untuk kami, begitu juga dengan pekerja dari Bistro Karamba. Setelah mengucapkan selamat jalan kepada kami oleh pekerja bistro, kami berangkat ke destinasi seterusnya. Dari sini kami berpecah kepada dua kumpulan, adik lelakiku sekeluarga bersama Cecep untuk pergi semula ke Pasar Baru sementara kami yang lain termasuk ibubapaku naik bersama Pak Agung ke salah sebuah kedai menjual Ukulele (sejenis gitar kecil 4 tali) di bandar Bandung. Adikku perlu pergi semula ke sana kerana pada hari sebelumnya, dia telah membelanjakan lebih kurang 9 juta rupiah hanya untuk kain sahaja di Sir Cinta untuk dibawa pulang. Lagipun baju melayunya, telah siap dan perlu diambil hari ini kerana esok pagi kami akan berangkat ke lapangan terbang untuk pulang.

Sepanjang perjalanan, Pak Agung petah bercerita padaku tentang bangunan tinggalan Belanda yang kami lihat. Tetapi di belakang masih tidak berubah, masih berkaraoke lagu yang sama dari Tegar
Apabila tiba, selepas meletakkan kereta dan kami berjalan bersama-sama diketuai oleh Pak Agung ke kedai menjual Ukulele. Setelah memilih, aku membelikan satu untuk anak perempuanku, buat dia bermain dimasa lapangnya. Harganya tak mahal mana, cuma 150 ribu rupiah. Yang lain tidak membeli, cuma aku saja yang membawa sebuah Ukulele baru keluar dari kedai tersebut. 



Kami menuju ke kereta, dan sebelum bergerak, Pak Agung meminta kami tunggu sebentar dan dia turun tak tahu kemana. Seketika kemudian, dia datang semula bersama 2 orang pengamen untuk menghiburkan kami. Ternyata pemintaanku semalam Pak Agung telah tunaikan, dan aku dapati suara pengamen berdua ini memang boleh tahan. Seorang memetik gitar dan seorang lagi meniup harmonika dan bergendang menggunakan kotak kayu. Mereka menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Madu Tiga (diubah lirik kepada madu 5) dan lagu paling popular di sini, 'aku yang dahulu bukanlah yang sekarang' nyanyian Tegar. Tetapi sayang sekali, anak lelakiku telah lama tidur kerana kepenatan sejak keluar dari Bistro Karamba lagi. Kami memberikan beberapa ratus ribu kepada mereka, dan setelah mengucapkan terima kasih, kami beredar ke destinasi seterusnya, 

Cheap Outlet, tempat menarik untuk shopping
Benar sekali.. Faham-fahamlah macam
mana perempuan shopping
Cheap Outlet, satu lagi tempat untuk kaum Hawa dalam rombonganku. Setelah kami sampai, semua orang keluar kecuali ayahku. Dia lebih selesa berada didalam kereta membaca surat khabar KOMPAS yang ku beli semalam. Kami masuk ke Cheap Outlet tetapi tidak lama, kerana semuanya tidak sabar-sabar lagi untuk ke seberang jalan, iaitu ke Donatello tempat menjual kasut yang memang popular di Bandung ini.






Donatello adalah tempat yang paling sesuai membeli kasut
disini
Kasut lelaki atau wanita ada dijual
Donatello menjual pelbagai jenis kasut dan sandal, baik untuk wanita mahupun lelaki. Ramai diantara kami membeli kasut disini, walaupun cukup popular di Bandung, tetapi harganya memang murah. Isteriku tidak ketinggalan, turut memilih untuk membeli kasut yang berkenan dihatinya. Aku lihat kasut untuk lelaki juga boleh tahan kualiti dan barbagai bentuk mengikut selera pelanggan. Tapi sayang, isteri adikku tidak dapat sertai kami disini kerana masih lagi berada di Pasar Baru. Kalau dia berada disini, aku pasti dia turut serta dalam adegan memilih kasut di Donatello ini.

Cihampelas Street, penuh dengan patung superhero
Son Goku, Ultraman dan The Flash juga
ada disini
Setelah semua selesai, kami menaiki kereta kami menuju ke satu tempat lain yang di panggil Cihampelas Street. Perjalanannya tidak jauh mana, tetapi terpaksa melalui kesesakkan jalan pada hari tersebut. Dan di belakang masih lagi berkaraoke lagu Tegar. Dari jauh lagi kami sudah terlihat patung superhero besar di sepanjang jalan, menandakan kami telah tiba di Cihampelas Street. Pak Agung meletakkan kereta, dan kami terus berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Di sini terdapat banyak kedai pakaian, tetapi harus berwaspada, kerana bajunya ada yang original dan ada yang tiruan. Baju DC Comic yang aku beli di Toko Tiga turut dijual disini, tetapi malangnya jenama tiruan. Jadi kami lebih berhati-hati membeli disini dan setelah memilih, isteriku mengambil keputusan untuk membeli sepasang jaket jeans Levi's disini. Setelah diteliti ketulenannya, dia membayarnya dengan harga lebih kurang 200 ribu rupiah.

Lagu Tegar memang popular
Tidak lama kemudian, adikku dari Pasar Baru telah tiba dan turut serta membeli beberapa helai pakaian sebelum berangkat. Setelah semua berkumpul di kereta, ibuku ternampak seorang pengamen muda sambil membawa Ukulelenya. Lantas dipanggilnya dan pengamen tersebut terus menyanyikan lagu pertamanya, juga dari Tegar. Popular sungguh Tegar dikalangan pengamen disini, kerana rata-rata lagu ini sahaja yang dimainkan. Setelah selesai dia menyanyikan beberapa lagu, kami buat kutipan wang berjumlah beberapa ratus ribu untuk diberikan kepada pengamen kecil ini. Dia ternyata gembira dan mengucapkan terima kasih berkali-kali dan sempat mengucapkan selamat jalan kepada kami sebelum berangkat. Aku kagum dengan mereka di Bandung ini, amat jarang sekali meminta sedekah, ramai yang lebih rela bekerja untuk mencari sesuap nasi walaupun menyanyi, bermain musik, menjual cenderamata ataupun sekadar mengutip botol atau tin kosong. Pendek kata, lebih baik bekerja dari meminta-minta. dan kebanyakkan mereka disini berkongsi pendapatan, maksudnya disini, jika mendapat rezeki mereka akan merasainya bersama. Aku berikan contoh, pengamen pertama yang menghiburkan kami di Bandung. Pak Agung tolong carikan dan aku lihat sesudah mereka mendapat wang upah dari kami, aku perasan salah seorang dari mereka pergi ke satu tempat membeli beberapa kotak rokok sebagai saguhati buat Pak Agung. Walaupun, hanya sekadar minta mereka menghiburkan kami sahaja, tetapi mereka tidak melupakan Pak Agung sebagai orang yang bertanggungjawab perkenalkan mereka kepada kami. Jika korang faham maksud aku. Itulah cara kehidupan orang-orang kurang berkemampuan disini.

Rumah Mode, tempat favourite isteri dan adikku


Pemandangan malam di kawasan
Rumah Mode
Satu lagi tempat yang perlu kami pergi sebelum upacara penutup shopping di Bandung adalah Rumah Mode. Ini juga tempat kegemaran isteri dan adikku, kerana aku lihat banyak juga barang yang dibeli oleh mereka di sini. Jadi aku beranggapan sudah tentunya ini adalah tempat kegemaran mereka. Di Rumah Mode, ia terbahagi kepada beberapa tempat, kasut dan beg tangan di satu tempat, manakala pakaian berada di bangunan yang lain. Tempat ini agak besar, ada cafe dan juga mesin ATM jika korang tak cukup wang untuk sambung shopping. Ada juga tempat refleksologi jika korang rasa lenguh kaki. Bila dah urut kaki, baru selesa untuk sambung shopping balik.
Kemana anda mahu pergi?
Berbagai-bagai jenis kasut, beg tangan dan pakaian yang dijual disini dengan harga yang berpatutan. Rumah Mode juga ada tempat solat, tandas yang bersih dan tempatnya memang menarik di waktu malam. Cahaya yang menyinari disini, ditambah dengan beberapa air terjun buatan, memang menyerlahkan tempat dipanggil Rumah Mode ini. Kami menunggu isteri dan adikku selesai dan kami bergerak menuju ke kereta.


Anakku menari-nari sambil
pengamen memainkan lagu
Tegar
Di kereta, ibuku telah siap-siap memanggil 3 orang pengamen berkumpulan untuk menyanyi buat kami. Seorang bermain Ukulele, seorang penyanyi dan yang kecil bermain viola. Aku tertanya-tanya dalam hatiku dari mana mereka belajar bermain musik, Ukulele mungkin senang belajar kerana ia alat musik umum disini, tetapi viola? Hairan aku, bukannya mereka pergi ke Yamaha Music School, tetapi masih boleh bermain alat musik ini dengan baik sekali. Seperti yang lain juga, lagu pertama tentulah dari Tegar kebanggaan orang Bandung. Selesai lagu Tegar, dia meminta untuk bermain lagu Siti Nurhaliza untuk mengambil hati kami selaku pelancong dari Malaysia. Tetapi anak kecilku mula buat perangai disini, dia menangis-nangis meminta lagu Tegar dimainkan semula. Terpaksalah tiga orang pengamen ini menyanyi lagu ini dan anakku adalah antara penonton yang paling depan sekali sambil menari-nari bersama anak buahku. Dan apabila lagu habis, dia buat perangai semula dan aku rasa pengamen ini terpaksa menyanyi lebih kurang 3-4 kali untuk lagu yang sama. Setelah selesai, seperti biasa kami menghulurkan beberapa ratus ribu buat tiga pengamen ini dan setelah mereka mengucapkan terima kasih dan selamat jalan, kami berangkat ke destinasi seterusnya, rumah Pak Supir kami, Cecep.

Rumah Pak Supir kami, Cecep
Sejak dari hari kedua lagi, Cecep bersungguh-sungguh mengajak kami untuk makan dirumahnya. Dan setelah dilihat jadual kami, masa terbaik adalah malam ini, kerana kami sudah tiada lagi aktiviti di Bandung ini. Asal rancangan kami untuk malam itu sepatutnya ke Paskal Food Market, satu tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis gerai mengikut selera ataupun senang aku sebutkan sebagai open air food court. Dan apabila Cecep mengajak ke rumahnya, adalah jauh lebih baik kerana kami dapat merasai masakan original Sunda. Perjalanan ke rumah Cecep tidak terlalu jauh, dan berhampiran dengan kawasan villa kami. Setibanya kami dirumah Cecep, kami disambut mesra oleh kaum keluarga beliau. Ramai ahli keluarganya berkumpul hari ni, kerana mendapat tahu yang kami akan tiba, termasuk bapa dan ibu mertuanya. Dan hari ini kami bakal dihidangkan dengan makanan orang Sunda, bukannya dari restoran tetapi dari dapur rumah Cecep sendiri!

Bersembang bersama keluarga Cecep
Kami duduk bersila dan berbual-bual diruang tamu, tetapi ibuku yang paling petah bercakap. Ini bukanlah kali pertama ibuku ke mari, sudah beberapa kali ke rumahnya atas jemputan Cecep dan isterinya sendiri. Semasa berbual, kami dihidangkan dengan buah-buahan seperti pisang dan buah salak. Terdapat juga keropok dan kerepek sementara menunggu makan malam tiba. Memang sudah adat disini, buah dan keropok dihidangkan dahulu sebelum makan jika menyambut tetamu. Dan air yang dihidangkan kepada kami disini adalah air teh Jasmine, yang menang kurang kami semua gemari kecuali ayahku. Memang orang di sini mengemari air teh Jasmine ini dan seingat aku satu-satunya restoran yang menghidangkan teh biasa adalah di D' Seuhah Da Lada. Seketika kemudian, nasi panas dan lauk pauk yang baru dimasak mula dihidangkan dan memang membangkitkan selera kami.
Dihidangkan dengan buah dan keropok
Suasana di sekitar rumah Cecep memang sejuk, dan pintu depan terbuka luas mendinginkan ruang tamu dirumahnya. Dan kami makan dengan berselera sekali, buat pertama kalinya aku merasa Nasi Liwet. Nasi Liwet adalah nasi putih makanan orang Sunda, rasanya ada masin dan diletakkan sejenis daun untuk mewangikan nasi tersebut. Bagi lauknya pula, kami dihidangkan dengan ikan Mas goreng, tempe, ulam-ulaman, sambal belacan dan beberapa lauk lain. Ikan Mas bukan lah seperti kita bela didalam akurium, tapi ia adalah sejenis ikan karp yang memang ikan pilihan utama di sini. Walaupun tidak banyak lauk pauk seperti kami makan di restoran-restoran sebelum ini, tetapi kami makan begitu berselera sekali. Aku sendiri menambah nasi, begitu juga ayah dan pakcikku. Walaupun air teh Jasmin tidak aku gemari, tetapi aku minum juga demi menjaga hati tuan rumah. Aku menasihatkan isteriku, kita ditempat orang perlu kita hormati adatnya. Isteriku tak ada masalah, boleh juga minum teh ini walaupun kurang gemar.

Sesudah makan, kami dihidangkan dengan kopi, dimana aku percaya semua orang memuji kopi dirumah Cecep. Kopi panas dan cuaca sejuk, memang satu kenikmatan yang sukar digambarkan. Kami berbual-bual seketika dan kini tiba masanya untuk kami pulang. Kami memberikan sedikit duit buat anak Cecep yang demam pada hari itu, dan sesudah mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya, Cecep dan Pak Agung menghantar kami pulang ke villa, dan berjanji untuk menjemput kami keesokkan harinya sekitar pukul 7.00 pagi. Seperti biasa, tiada yang tidur awal pagi itu, semunya membelek-belek pakaian dan beg tangan yang telah di beli sepanjang hari tadi. Aku sudah bersiap-siap mengemas barang, kerana penerbangan kami ke LCCT esok adalah pukul 11.50 pagi dan kami perlu ke Kartika Sari dahulu untuk mengambil kek dan kuih yang sudah ditempah sejak hari kedua kami di Bandung lagi.


26 November 2013


Adik iparku sempat berposing
sebelum pulang
Sesudah barang di letakkan didalam kereta, kami bergerak ke Kartika Sari. Aku tidak turun dari kereta, sebaliknya membiarkan isteriku mengambil kuih dan kek yang telah ditempah. Sesudah itu kami bergerak ke lapangan terbang untuk bersarapan dan check-in lebih awal supaya tidak menghadapi masalah nanti. Dan setelah sampai, Cecep dan Pak Agung membantu kami menurunkan barang dari kereta. Setelah mengucapkan terima kasih kepada mereka, kami berlepas pulang ke Malaysia. Walaupun ada beberapa tempat yang tidak dapat kami lawati di sini seperti Kawah Putih ataupun Restoran Garuda, kami semuanya amat berpuas hati sepanjang perjalanan ini. Mungkin sekali lagi kami ke mari, Insyaallah kami akan pergi tempat-tempat yang belum kami jejaki.


Walaupun dalam coretanku ini banyak yang aku memuji tentang Bandung, tetapi Malaysia adalah tetap negaraku. Walaupun begitu, kita harus melihat dari segi positif terutama dari sektor pelancongan dan orangnya. Mungkin stategi pelancongan tak perlulah aku beritahu disini, kerana kita mempunyai kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ini, tetapi dari sudut keramahan dan budi bahasa orangnya, kita masih belum mencapai ke tahap itu. Jika korang rasa orang Malaysia berbudi bahasa, sila datang ke Bandung dan korang akan tahu apa yang aku maksudkan. Dan satu lagi perkara yang perlu kita tahu ialah penggunaan bahasanya. Walau apa pun suku atau bangsa di Indonesia, mereka tetap mengagungkan Bahasa Indonesianya. The Cosmos, dimana tuan kedai adalah warga Pakistan, dan bercakap dengan pelanggan dengan menggunakan Bahasa Indonesia dengan cukup fasih sekali. Maaf aku katakan disini, dinegara kita kaum Cina dan India pun masih ramai yang kurang fasih berbahasa Malaysia, apatah lagi warga Pakistan atau Bangladesh. Bukan untuk menjadi rasist, tetapi itulah kenyataannya.

Thank you all for making this happened..
Perjalanan ini tidak mungkin akan terjadi jika tiada sokongan dari ahli rombonganku. Aku mengucapkan terima kasih terutama kepada ibuku Puan Faizah, selaku pemandu pelancong kami sepanjang kami berada disana. Tidak lupa ayah Zaki Yassin, adikku Hajar dan suami Aswad, Faizal dan isteri Lisa, dan budak kecil handsome tu, Ummar Haikal, you all memang best. Tidak lupa makcikku dari Bentong, Pahang, Yong, Auntie Dee dan suami Uncle Shukri, saudaraku Hanim, Bukhari dan Sabrina, thank you all. Begitu juga dengan pakcikku, Acu yang sponsor sebahagian makanan kami sepanjang disana walaupun tidak mengikuti kami. Juga kepada makcikku panggilan Mama, thank you sponsor for the Villa Istana BungaMemang cantik tempat tu. You should join for next trip with us. Dan persatuan adik beradik ibuku, terima kasih sponsor kami makan sepanjang kami disana, kerana ianya terbaik. Kepada adikku yang bongsu Nizar yang tidak mengikuti kami, thank you sebab standby di Malaysia sekiranya kami perlu SOS berkaitan duit di sana. Hehe. Next time kau pun kena ikut sekali. Buat Pak Supir kami, Cecep dan Pak Agung, anda berdua memang best. Kami seronok sepanjang di Bandung. Anyway, the most important person to me in this trip is my wife, Fareha dan dua anakku Alisya dan Farhan, you are the greatest...

Terima Kasih Bandung!

13 comments:

  1. entry best pasal bandung yang pernah saya baca

    ReplyDelete
  2. Entry best yg sy bace

    ReplyDelete
  3. Suka gaya penulisan anda..

    ReplyDelete
  4. Ini baru namanya melancong, aku pergi dengan group office aku asyik2 Pasar Baru.. Kau bagi aku idea mana nak pergi ngan nak makan apa kat sana... Gi sorang plak lepas ni...

    ReplyDelete
  5. Thanks for the feedback... Insyallah akan cuba melawat lebih banyak tempat selepas ini.. Cuma sekarang ni bz sikit dengan kerja... :)

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  7. Good..better..best..
    Entry yang best setakat ni saya baca dari banyak-banyak blog.

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    Call : +6282214441280

    WhatsApp : +6282214441280

    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dani Tour Bandung)

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET TRANSPORTASI dan HOTEL, MURAH JER...

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Terima Kasih...

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    Call : +6282214441280

    WhatsApp : +6282214441280

    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET TRANSPORTASI dan HOTEL, MURAH JER...

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Terima Kasih...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,Alhamdulillah yg telah buat blog saya,
    bole bila nak guna perkhidmatan saya
    FB cecepkurnia3@gmail.com
    WhatsApp +6281321635661

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,Alhamdulillah yg telah buat blog saya,
    bole bila nak guna perkhidmatan saya
    FB cecepkurnia3@gmail.com
    WhatsApp +6281321635661

    ReplyDelete
  12. If you need any support in traveling, you can contact the expert, Zigra Wisata. Click www.zigra.co.id or call/WA +62 82154050790or +62 81320656905. Thanks

    ReplyDelete
  13. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete