Friday, 18 January 2013

Penipuan Cyber.. Berhati hati!

Salam,

Jual Durian Pun Orang Pakai Internet
Bila teknologi kita dah semakin maju, ramai manusia akan cuba ambil peluang berniaga. Ada yang cuba jual barang secara online melalui blog, website dan facebook. Aku rasa cara macam ni memang mudah, tak perlu sewa kedai, tak ada commitment dan boleh dibuat secara part time. Ramai juga aku tengok dah berjaya dengan cara macam ni. Ada kawan kawan aku yang jual barang mainan kanak kanak, barangan pelansingan badan dan ada juga agen insuran menggunakan internet untuk marketing produk masing masing. Aku salute orang macam ni sebab pandai menggunakan peluang yang ada. Dan dari apa yang aku lihat, penjualan barangan melalui medium sebegini lebih mudah dan tiada sempadan.

Banyak beza harga antara
kedai dengan internet
Dan kelebihan sebagai pembeli lebih mudah, menjimatkan wang dan kita juga mempunyai banyak pilihan. Tak perlu lagi kita susah cari parking, survey harga,dan penat berjalan semata mata nak mencari sesuatu barang. Aku juga tergolong dalam golongan kategori membeli barangan atau perkhidmatan melalui internet. Pada aku memang banyak mudahnya, cuma selalunya barangan yang kita pesan akan mengambil masa 2-5 hari untuk sampai. Tapi kalau kita tak nak gunakan barang tu dalam masa terdekat, apa salahnya? Banyak murahnya dari kedai. Contoh baru baru ni wife aku beli walker brand Little Bean. Kitorang ada tengok-tengok harga kat kedai menjual barangan bayi. Harga kat kedai siap Year End Sale lebih kurang RM250. Jadi wife aku fikir lebih baik tengok kat internet saja. Cari punya cari dapat patern dan brand yang sama dengan kedai dan harga RM150 sahaja. Banyak juga beza tu... So kita ni sebagai pengguna dah tentu cari barangan yang sama quality dengan harga yang lebih murah.

Melayang duit aku!!
Back to topic, penipuan cyber atau cyber scam.. Ramai orang dah terpedaya... Dan aku pun salah seorang dari mangsa... RM1300 melayang macam tu jer sebab tergesa gesa nak beli camera DSLR... Tapi aku redha.. Aku anggap ini ujian atau mungkin balasan dari Allah atas apa yang aku buat masa lalu... Zaman muda aku tak bayar zakat, suka membazir atau mungkin juga duit yang aku dapat tak berkat.. Walau apa pun sebabnya, hanya Allah yang tahu dan aku terima hukumannya... Aku tak mahu cerita kat sini panjang lebar macam mana aku boleh kena tipu, cukuplah sekadar aku nasihatkan korang supaya berhati hati.

Penipuan internet ni ada macam macam, ada yang nak tawarkan duit, ada yang jual barang murah malah ada juga nak membeli dengan harga yang mahal. Macam macam cara scammer fikirkan cara untuk menipu duit kita... Ada yang aku dengar buat COD pun boleh kena tipu... Itu dah berdepan dengan scammer, pun boleh kena tipu jugak... Apa ilmu agaknya diorang ni pakai.... Yang deal pakai telephone lagi la bahaya, tak kenal muka, tak pernah jumpa dan tau tau nak transfer duit pada orang yang kita tak kenal (aku kena scam pun cara macam ni jugak).. Dan orang macam ni sentiasa tunggu peluang untuk ambil duit kita...

Hati hati dengan penipuan seperti ini
Aku percaya ramai antara kita yang pernah terima email yang kononnya internet banking kita pernah kena block atau suspend.. Dalam email kita ada arahan untuk kita ikut dan kadang kadang tak sedar kita dah berikan semua info pada si scammer. Login name, password, no phone dan macam macam lagi info yang scammer perlukan... Sedar sedar kita tengok balance akaun bank dah kosong... So nasihat aku,  jangan percaya pada email yang seperti ini... Ada sesetengah orang dia cepat panik, bila tengok akaun kena block, cepat cepat dia kasi info kononnya nak unblock... So senang cerita, jangan panik, call dulu bank untuk confirmkan adakah betul email tersebut dari pihak bank... Scammer dah semakin pandai, ada kes yang mana website yang diorang buat 99% sama dengan website bank... Kita sebagai pengguna memang senang tertipu... So hati hati dengan taktik sebegini... Kalau boleh, abaikan email yang korang terima dalam email pasal hal hal macam ni... Sepanjang yang aku tahu, bank tak akan call atau kasi email kalau internet banking korang kena block...

Lagi satu taktik penipu penipu ni ialah dengan hantar email yang korang dah menang duit dari sebuah company.. Macam macam company diorang sebut, AirAsia, Magnum, malah ada juga company yang besar besar kat oversea... Bila baca dan ternampak jumlah duit yang dorang nak kasi tu memang cukup besar.. Kita nampak pun boleh jadi rambang mata.... Yang ini mudah saja, jangan layan email macam ni dan terus delete dari email korang... Selalunya email macam ni akan automatik masuk folder SPAM.. Mana yang ada dalam folder ni selalunya korang dinasihatkan untuk terus delete...

Oleh sebab aku suka kacau orang macam ni, aku tahu macam mana process yang diorang akan buat..

Bukan saja menang duit, malah ada juga skim melabur emas
dan sebagainya. Selalunya tektik yang digunakan adalah sama.
1) Bila korang reply email dia, selalunya dia akan mintak nama penuh, no tel dengan alamat lengkap.
2) Langkah seterusnya, bila korang dah kasi semua detail tadi, dia akan kata duit sudahpun dihantar ke alamat yang korang kasi... Selalunya dia kata process penghantaran duit akan ambil masa lebih kurang 3 - 5 hari...
3) So dalam korang exited nak tunggu duit, beberapa hari kemudian akan ada oraang lain call kononnya dari kastam yang mana duit yang diorang kasi tu ditahan atas beberapa sebab... So macam macam alasanlah yang diorang akan beri TAPI duit tu boleh lepas sekiranya korang bayar certain amount sebagai yuran process. Selalunya dalam lingkungan RM2500 - RM10000.
4) Mana mana orang yang tak fikir panjang, selalunya part ini yang mangsa terus bayar... Mungkin mangsa fikir apa la sangat dengan RM2500 tu kalau nak dibandingkan dengan duit yang bakal terima dalam ratus ratus ribu nanti... Lagipun apa nak dirisaukan, orang kastam dah confirmkan duit tu dah masuk Malaysia, tinggal nak bayar yuran saja lagi... Ini yang selalu terjadi pada mangsa, dan dia tak sedar yang orang yang kononnya 'kastam' tadi adalah geng scammer jugak.... So, bila dah masukkan duit, you can kiss your money goodbye sebab korang tak akan nampak atau dapat duit korang tu balik... Dan untuk scammer pulak, akan senyum lebar dan kalau baik hati dia sms atau call mangsa ucap terima kasih sebab kasi duit free...

Buat payslip? Apa kes?
Dah ramai nasihat sebelum tu tak mau dengar,
last sekali tebal muka buat report polis
Gambar sebelah ni pada aku adalah antara penipuan cyber yang aku rasa macam lawak sikit dan tak masuk akal... Buat payslip?? Upah RM1000 dah tu salah pulak tu disisi undang-undang... Dan dari forum ni, aku tengok ramai jugak dah kena tipu... Alamak! Tak fikir dulu ke sebelum buat? Dah terang terang benda ni salah, sebab memalsukan dokumen... Tapi yang aku pelik tu, ada jugak yang pergi buat report polis... Haha! Serious aku cakap, yang buat report polis tu memang berani! Dah buat salah memalsukan dokumen, lepas tu kena tipu dan berani lagi buat report polis kononnya "aku nak menegakkan kebenaran!" Huhu! Macam mana pula kalau orang beli dadah secara online lepas tu kena tipu barang tak sampai? Layak ke dia buat polis report? Tak kan? So sama juga dengan kes payslip ni, salah tetap salah walau macam mana pun ko pusing cerita..






COD adalah cara terbaik untuk
meminimumkan risiko penipuan
Kalau diikutkan penipuan ni dah makin lama makin advance... Malah kalau kita buat COD (cash on delivery) pun boleh kena tipu.. Aku ada dengar kes dari wife aku pasal kawan dia kena tipu... Nak jual handphone dalam RM1000, dan ada la orang yang berminat. untuk beli.. Lepas set satu masa dan tempat, diorang pun jumpa... Buyer tengok tengok phone dan berminat nak beli... So seperti dijanjikan, dia bayar RM1000 dan terus balik...So kawan wife aku ni plan nak masukkan duit tu dalam cash deposit machine sebab mungkin malas nak bawa duit banyak banyak dalam tangan... Bila masukkan dalam machine, kena reject sebab duit didapati palsu! Aku percaya kawan wife aku mesti cuba hubungi buyer tu balik, tapi seperti kebanyakan kes, mesti semua tak akan jawab panggilan telephone... Apa boleh buat? Cuma pergi balai polis dan buat report.. Tapi pada aku mungkin ini kes lain sikit sebab dah melibatkan duit palsu... Jadi, kalau dah COD pun kena tipu, nak buat macam mana lagi? Tapi jangan risau sangat, sebab kebarangkalian untuk kena tipu dengan cara COD adalah sikit berbanding dengan cara bank in duit.

Kita selalu fikir si penjual yang selalu jadi potential scammer. Sebab banyak kes yang kita dengar sama ada dalam media cetak atau elektronik, selalunya membabitkan orang yang menjual. Tapi harus ingat seperti yang aku kata tadi, teknik teknik penipuan ni semakin lama semakin advance. Boleh jadi si penipu menyamar nak beli dan bersungguh sungguh menunjukkan minat. Akhirnya, pembeli lari dengan barang yang kita nak jual dan kita tak dapat apa pun.

So, bawah adalah antara langkah yang boleh diambil sebelum berurus niaga:
1) Siasat dahulu siapa si penjual. Selalunya kalau dah setuju pihak penjual akan kasi no akaun dan nama penuh, Cuba semak nama di internet kalau kalau nama dia ada sebagai scammer.
2) Sentiasa amalkan urusan COD, jika kita ajak jumpa dan pelbagai alasan dia beri, jenis macam ni korang harus lebih berwaspada. Kemungkinan besar dia adalah penipu. Dan sekiranya dia setuju untuk berjumpa, bawa kawan dan jumpa ditempat yang ramai orang.
3) Jika harga yang ditawarkan terlalu murah dari pasaran, ini juga perlu ambil perhatian. Contohnya kalau market orang jual RM2000 tapi dia menawarkan RM1000 sahaja.
4) Jika dia terlalu mendesak atau tergesa gesa, lebih baik berhati-hati. Ramai orang terkena dengan cara ini, dan mereka selalu menggunakan ayat "Kalau nak U kena cepat sikit, sebab ada orang lain mahu barang ini jugak"... Selalunya mereka akan suruh kita memasukkan duit kedalam akaun mereka dengan segera kononnya siapa cepat dia dapat.
5) Waktu berurusniaga melalui phone, adalah lebih baik bertanyakan banyak soalan. Kalau was was dengan respon dari pihak dia, adalah dinasihatkan batalkan urusniaga tersebut.

Jadi disini aku cadangkan untuk korang berhati-hati sebelum membuat urusniaga dengan orang yang tak dikenali. Ada masa kita terbaca dalam internet yang mana report polis sudah dibuat tapi masih tiada tangkapan yang dibuat... Aku tak mahu kata polis tak buat kerja atau apa... Cuma kita perlu ingat, adalah lebih baik kalau kita membuat keputusan yang tepat sebelum terkena, dari kita menyesal kemudian dan menyalahkan si penipu... Semuanya boleh dielakkan sekiranya kita lebih berhati hati dan tidak terburu buru...

No comments:

Post a Comment