Friday, 11 January 2013

HOBI DAN MINAT AKU.. RC HELICOPTER...

Salam,

Hobi dan minat... Ada orang suka kumpul setem, membaca, surfing internet, travel, shopping dan macam-macam lagi la.. Kalau nak tulis semua jenis hobi aku pun tak larat nak fikir... Masa aku sekolah rendah dulu aku ada hobi, kumpul duit syiling lama.... Banyak jugak koleksi aku dari pelbagai tahun, saiz dan bentuk... Ada segiempat la, lubang kat tengah la... Pelik pelik pun ada.... Tahun yang paling lama dalam koleksi aku adalah 2 keping syiling pada tahun 1880... Aku pun tak ingat macam mana aku boleh dapat, tapi mungkin dari arwah datuk aku dulu...

So, hobi aku ni berterusan sampai la aku masuk sekolah menengah... Aku stop kumpul duit syiling lama ni pasal dulu aku ada melawat rumah panjang kat Miri, Sarawak.. Aku tengok duit syiling lama zaman James Brooke ni dengan selambernye diorang paku kat tangga main entrance (sebagai perhiasan)... Padahal, aku nak cari syiling macam ni punya la susah... Jadi, aku fikir duit macam ni tak ada value, sebab kat rumah panjang ni berlambak-lambak.. So dari situ aku stop kumpul duit syiling lama... Tapi mana yang dah ada, aku masih simpan sampai hari ni....

Ya!! Dan sekarang aku ada hobi baru! Main RC Helicopter... Hehe.. Dengar nama hobi macam budak budak, tapi cuba lihat kat Malaysia ni ada tak budak-budak yang main... Kalau ada pun mungkin tak ramai dan mungkin mak bapak orang berada sebab hobi ni memang mahal... Kebanyakan orang minat main RC semua dah kerja dan yang dah berumur pun ada... Dan ramai orang aku jumpa kata "Biasa la bro, dulu masa  kecik-kecik tak dapat.. Ni dah tua baru la boleh merasa..." Ya betul!! Zaman aku kecil dulu mana la nak merasa benda ni semua.. Nak mintak kat bapak aku? Hmm.. Memang tak dilayan la...

Aku tak pernah terfikir aku akan minat RC ni sama sekali... Cuma aku teringat masa aku kerja kat Citibank dulu, aku hari-hari naik bas dari Seremban ke Pasar Seni... Sebab office aku kat Capsquare, so aku fikir lebih baik aku jalan kaki saja, tak payah la naik LRT... Ada la jugak senaman sikit... Entah macam mana, satu hari tu masa aku jalan kaki sampai area Masjid India, aku terfikir "best jugak kalau ada RC Heli".. Huh! Macam tue je minat tu datang....

SYMA S031G RTF (3.5 chn)

So bila sampai office, aku start la buka internet tengok helicopter apa yang ok dan murah untuk aku belajar... Aku ternampak satu brand buatan China yang tak la mahal sangat dan kira oklah untuk test power... Pada 28 Jun 2012 masa balik dari office pada hari yang sama, aku pun survey la dekat area Masjid India kalau-kalau ada kedai yang jual... Aku ternampak brand yang aku nak iaitu SYMA S031G RTF (ready to fly) datang dengan 3.5 channel.. Tak la mahal sangat, dalam RM100-RM150 (aku pun dah tak ingat harga).. Nak kata bagus, tak la bagus mana tapi boleh la... Pada pendapat aku heli ni bagus untuk belajar tapi ada beberapa kelemahan... Antaranya transmitter dia cuma 27 MHz padahal brand yang bagus pakai 2.4 GHz... Maksudnya kat sini, helicopter dengan remote tak boleh terlalu jauh, kalau tak heli akan lost signal dan kemungkinan besar ia akan jatuh terhempas... Paling jauh pun dalam 10-15 meter (ini dari pengalaman aku, orang lain mungkin ada yang lebih jauh).. Tapi ada jugak kelebihan heli ni, kadang-kadang bila aku main, ada masanya signal lost sebab terlalu jauh dengan heli... Yang hebatnya walaupun jatuh terhempas, heli ni masih steady lagi... Cuma angkat balik, letak kat tanah dan sambung main.... Terbaik!!

DYNAM E-RAZOR 450 Carbon Fiber Edition (6 chn)
Lebih kurang sebulan lepas tu, aku dah macam bosan main heli SYMA, yang mana aku fikir tak mencabar dan kurang kick... Masa tu aku dah berkira-kira nak beli heli baru... Sekali lagi aku cari kat internet kalau-kalau ada yang menarik dan aku ternampak satu heli DYNAM E-razor 450 carbon fiber edition RTF.. Kalau dulu aku main 3.5 channel, yang ini dah advance terus ke 6 channel.. Sepatutnya kalau nak main 6 channel, adalah dinasihatkan untuk korang cuba yang 4 channel dulu untuk biasakan diri... Tapi biasa la aku... Apa-apa gaya kena ada.... So, aku pergi satu kedai RC kat Subang (RC DREAMZ) dan aku beli heli ni dengan harga RM799.. Tambah duit sikit lagi beli training kit (sapa yang tak tahu, training kit ni pasang pada tapak heli supaya bila takeoff atau landing tak la terbalik).. Mula-mula aku fikir takkan nak takeoff pun boleh terbalik.. Rupa-rupanya, main 6 channel ni memang susah... Tak macam heli lama aku cuma 3.5 channel... Masa nak takeoff nak kena control kasi dia stabil dan macam-macam lagi perkara yang perlu ambil kira... Tak perlu la aku cakap berapa kali aku kena repair heli ni, cukup la aku beritahu korang yang hari ni aku beli, esok tu aku dah hantar balik ke RC Dreamz sebab heli aku terhempas... Huhu...

Cubaan baiki DYNAM
Lama jugak aku aku main heli ni sampai aku agak mahir... Hari Raya Puasa 2012!! Aku bawak balik heli ke kampung wife aku sebab kawasan tu memang lapang... Petang tu aku bawak keluar la heli aku dan dapat la main dalam setengah battery (lebih kurang 5-6 minit)... Tengah syok main, abang ipar aku datang kata dulu dia pun main jugak, tapi dah stop dan mintak nak test power heli aku... Dengan berat hati aku kasi dan dia terus hover heli aku tinggi paras bahu dan heli tu nampaknya stabil.. Aku fikir oklah dia ni main sebab boleh balance heli dan aku tarik nafas lega.. So dia habiskan first battery dan aku tukarkan kepada battery yang kedua... Bila dah ready, tiba-tiba heli aku terus terbang lebih kurang 20-30 meter menegak keatas... Mungkin sebab panik, abang ipar aku cuba nak control lagi tapi aku fikir dia terlupa yang remote aku MODE 1 (throttle sebelah kanan) padahal sebelum ni dia pakai remote MODE 2 (throttle sebelah kiri)... Aku nampak heli aku makin senget ke kiri dan makin menjunam ke tanah.... Last sekali heli aku tersepit kat celah-celah pokok... Pergh!! Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya bila tengok heli kesayangan aku patah riuk... Aku tak cakap banyak, terus angkat heli dan simpan dalam bilik... Heli aku rosak teruk sebab body dia kebanyakan buat dari carbon fiber, aku rasa kalau plastik tak seteruk macam ni.... Aku cuba repair, tapi biasa la buatan China... Spare part ada, cuma masalah besar nak buka dia punya allen key.. Dari 10 skru allen key yang aku cuba buka, 6 darinya mesti kepala haus tak boleh pusing... Last sekali, ambil keputusan malas nak repair dan tak mau beli heli clone made in China lagi.... Tapi sekarang heli ni ada beberapa stage je lagi nak complete, aku dah start repair slow-slow dan dalam masa terdekat ni mungkin boleh takeoff semula... Hopefully la...
Contoh flybar

Adik aku pun macam berminat jugak nak join.... So dia beli WALKERA V400D02 flybarless. Tak silap aku dia beli dalam RM500 lebih kedai dekat DRC TOYS area Puchong...Adik aku pun tak nak kalah, start main terus pakai flybarless.. Aku punya heli pun masih pakai flybar.. Ada yang tanya, flybarless atau flybar ni apa benda? Flybar ni adalah balancing dekat main blade.. Tengok gambar sebelah... Adik aku pun boleh tahan jugak main... Nak kata hebat tak la sangat, tapi oklah... Heli ni pun boleh tahan, tapi dia tak pakai belting untuk pusing kipas belakang tapi pakai motor.. Pada aku kelemahan pakai motor ni bila rosak, banyak kerja kalau nak tukar.. Lagi satu, motor holder untuk heli ni tak kuat sangat.. Padahal buat dari plastik bukan carbon fiber... Heli adik aku dah beberapa kali patah bahagian ini saja sampai dah malas nak ganti baru, last-last cuma pakai gam kuat saja... Dan satu lagi kelemahan heli ni main motor bukan brushless.. Senang aku nak explain, macam ni... Kalau brushless, selagi ada bateri boleh belasah heli tu.. Kalau ada 20 biji bateri li-po, abis 1 battery boleh terus ganti battery ke-2 dan seterusnya sampai battery ke-20 berterusan dan tak perlu risau pasal motor jadi panas atau overheat... Untuk heli V400D02 ni, tak disarankan main secara berterusan, takut motor cepat rosak...

ALIGN T-REX 450 PLUS COMBO RTF
Aku pulak buat apa bila DYNAM aku tersadai? Aku dah berkira-kira nak beli heli baru dan aku dah set dalam kepala aku tetap nak beli brand ALIGN.. ALIGN adalah antara heli yang bagus dan kebanyakan pro-pro pakai brand ni... So aku cari-cari kat mudah, ada nampak heli ALIGN brand new nak jual harga RM1300.. Hari tu kebetulan pulak ada barbecue kat rumah kakak ipar aku area Kajang, dan aku fikir ini la masa paling sesuai nak beli sebab kedai ni kat area UPM Serdang.. Dalam lebih kurang dekat pukul 11 malam (patutnya event barbecue tu dah habis), aku suruh wife aku lepak sekejap kat rumah kakak dia sementara aku gi kedai heli nama NK HOBBIES... Dah beli, aku pun dengan bangga dapat bawa heli baru ALIGN T-REX 450 PLUS COMBO RTF!!




It's alive!! Baru keluar kotak

Remote khas dibuat untuk ALIGN dari FUTABA
Serious aku cakap ini adalah antara heli yang bagus... Datang dengan flybar, sebab pada aku senang control, motor heli ni brushless dan yang paling best remote/transmitter dia dibuat oleh FUTABA... Kalau nak tahu, Futaba adalah pengeluar remote/transmitter dan receiver antara yang terbaik... Ada remote dari brand ni yang mencecah hingga ribuan ringgit.. Tapi yang buat aku suka sangat pasal heli baru aku ni bukan pasal sebab lain, cuma sebab dia brand ALIGN!! Macam aku cakap la, kalau orang pro pun pakai brand ni mesti la satu brand yang baik... Tak ada pulak aku tengok orang buat competition heli dan diorang pakai brand SYMA... Huhu... So sebab dah tengah malam sampai rumah, aku fikir baik aku test power esok saja... Malam tu sekadar boleh tengok heli dan cuba on, tapi tak nak kasi terbang cuma nak dengar bunyi dia macam mana.... Bila kipas berpusing aje, aku macam "WOW!" Bunyi best.. Memang lain macam sikit.. Ini buatkan aku lagi tak boleh tidur malam, exited lebih... Hahaha...

Tak berani lagi nak hover tinggi-tinggi, first flight for ALIGN

So dah lama aku main yang besar saiz 450 ni, aku teringin pulak nak main yang saiz kecil... Kebetulan adik ipar aku main heli saiz kecil ni... Aku tengok ok jugak sebab walaupun kecil, tapi heli ni senang nak control, tahan lasak, tak mahal sangat dan yang bagusnya ada sparepart... Bagus juga kalau ada yang kecil, bosan-bosan nanti main aje yang kecil ni, dalam rumah pun boleh... Walaupun dah pandai sikit main heli besar, tapi perasaan takut tu tetap ada... Walaupun orang yang dah mahir pun ada masa heli boleh terhempas jugak...

Heli kecilku
Adik ipar aku beritahu heli kecil molek ni brand WLTOYS V911 RTF dan datang dengan 4 channel. Aku order dari Mudah harga lebih kurang RM100. Yang kelakarnya, aku order dari sorang ni, dia berniaga kat area Zoo Negara jual heli dan alat mainan lain... Aku rasa jenis gerai macam dekat Danau Kota la kot... So bila aku dah bank in duit, dia post heli pada aku... 2-3 hari lepas tu aku terima barang dan aku terus test.. Tapi ada beberapa masalah dengan heli ni.. First, bukan warna yang aku order dan servo heli ni ada masalah sikit.. Jadi aku call dan beritahu masalah heli tu.. Dia suruh pos balik pada dia dan dia akan ganti dengan yang baru dan dia janji akan test dulu sebelum pos... Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku terima 2 bungkusan dari Pos Malaysia.. Satu aku bukak ada heli baru dengan warna yang aku pilih... Bungkusan ke-2 aku bukak adalah heli yang aku return balik pada dia yang ada masalah tu... Rupanya Pos Malaysia dah cuba hantar pada alamat dia tapi  tak ada orang kat rumah dan dia tak pernah claim dari Pejabat Pos... So aku call dia tanya nak aku pos balik atau nak datang ambil... Dia kata tak apa la, abang boleh simpan saje yang lama tu... Sekarang tak pasal-pasal aku ada 2 heli kecil kat rumah aku... Tak apa la, orang nak kasi.... Pada aku, heli ni adalah yang terbaik untuk beginner yang nak belajar main heli... Jangan jadi macam aku.. Start dengan 3.5 channel dan terus advance tak sedar diri ke 6 channel... Patutnya aku beli yang kecil ni dulu, dah biasa baru beli saiz besar sikit dengan 6 channel... Tapi nak buat macam mana, aku kan jenis belajar berlari dulu baru merangkak... Hehe..


Aku sekarang stop sekejap main heli, bukan pasal apa... Heli aku accident terlanggar pagar rumah... Abis patah main blade aku... Tak apa la, benda senang nak ganti... Lagipun sekarang ni musim hujan, angin pun kuat.. Kang terbalik heli aku apa pun tak dapat... Tapi dalam hati aku berdoa agar cepat la musim hujan ni berlalu, sebab kalau lama tinggal nanti skill-skill aku jadi tumpul...

Main area padang
Jadi pada korang yang tak ada hobi tu, cari lah satu hobi yang boleh isi masa lapang kita.. Cari hobi yang kita minat dan ikut kemampuan kita... Janganlah orang ada hobi suka melancong, kita pun nak juga padahal tahu yang kita tak mampu... Lagi satu, tidur bukan hobi, tapi keperluan tubuh badan... Peace out!




8 comments:

  1. berapa rm align 450 tew....
    mcm bminat pulak..... hehehe

    ReplyDelete
  2. Antara hobi sama mcm aku, hehe.

    ReplyDelete
  3. BEST LAAA.... WALKERA OK KE KALAU WAT MAIN.... SPAREPART MUDAH DPT KE TIDAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walkera boleh tahan, tapi macam aku cakap prob dia ialah dia pakai motor tak pakai belting. Tapi sparepart senang juga dapat.

      Delete
    2. Btw, sorry lambat reply.. :)

      Delete
  4. Apa beza 4 and 6 channel bro

    ReplyDelete