Bila teknologi kita dah semakin maju, ramai manusia akan cuba ambil peluang berniaga. Ada yang cuba jual barang secara online melalui blog, website dan facebook. Aku rasa cara macam ni memang mudah, tak perlu sewa kedai, tak ada commitment dan boleh dibuat secara part time. Ramai juga aku tengok dah berjaya dengan cara macam ni. Ada kawan kawan aku yang jual barang mainan kanak kanak, barangan pelansingan badan dan ada juga agen insuran menggunakan internet untuk marketing produk masing masing. Aku salute orang macam ni sebab pandai menggunakan peluang yang ada. Dan dari apa yang aku lihat, penjualan barangan melalui medium sebegini lebih mudah dan tiada sempadan.
Banyak beza harga antara
kedai dengan internet
Dan kelebihan sebagai pembeli lebih mudah, menjimatkan wang dan kita juga mempunyai banyak pilihan. Tak perlu lagi kita susah cari parking, survey harga,dan penat berjalan semata mata nak mencari sesuatu barang. Aku juga tergolong dalam golongan kategori membeli barangan atau perkhidmatan melalui internet. Pada aku memang banyak mudahnya, cuma selalunya barangan yang kita pesan akan mengambil masa 2-5 hari untuk sampai. Tapi kalau kita tak nak gunakan barang tu dalam masa terdekat, apa salahnya? Banyak murahnya dari kedai. Contoh baru baru ni wife aku beli walker brand Little Bean. Kitorang ada tengok-tengok harga kat kedai menjual barangan bayi. Harga kat kedai siap Year End Sale lebih kurang RM250. Jadi wife aku fikir lebih baik tengok kat internet saja. Cari punya cari dapat patern dan brand yang sama dengan kedai dan harga RM150 sahaja. Banyak juga beza tu... So kita ni sebagai pengguna dah tentu cari barangan yang sama quality dengan harga yang lebih murah.
Melayang duit aku!!
Back to topic, penipuan cyber atau cyber scam.. Ramai orang dah terpedaya... Dan aku pun salah seorang dari mangsa... RM1300 melayang macam tu jer sebab tergesa gesa nak beli camera DSLR... Tapi aku redha.. Aku anggap ini ujian atau mungkin balasan dari Allah atas apa yang aku buat masa lalu... Zaman muda aku tak bayar zakat, suka membazir atau mungkin juga duit yang aku dapat tak berkat.. Walau apa pun sebabnya, hanya Allah yang tahu dan aku terima hukumannya... Aku tak mahu cerita kat sini panjang lebar macam mana aku boleh kena tipu, cukuplah sekadar aku nasihatkan korang supaya berhati hati.
Penipuan internet ni ada macam macam, ada yang nak tawarkan duit, ada yang jual barang murah malah ada juga nak membeli dengan harga yang mahal. Macam macam cara scammer fikirkan cara untuk menipu duit kita... Ada yang aku dengar buat COD pun boleh kena tipu... Itu dah berdepan dengan scammer, pun boleh kena tipu jugak... Apa ilmu agaknya diorang ni pakai.... Yang deal pakai telephone lagi la bahaya, tak kenal muka, tak pernah jumpa dan tau tau nak transfer duit pada orang yang kita tak kenal (aku kena scam pun cara macam ni jugak).. Dan orang macam ni sentiasa tunggu peluang untuk ambil duit kita...
Hati hati dengan penipuan seperti ini
Aku percaya ramai antara kita yang pernah terima email yang kononnya internet banking kita pernah kena block atau suspend.. Dalam email kita ada arahan untuk kita ikut dan kadang kadang tak sedar kita dah berikan semua info pada si scammer. Login name, password, no phone dan macam macam lagi info yang scammer perlukan... Sedar sedar kita tengok balance akaun bank dah kosong... So nasihat aku, jangan percaya pada email yang seperti ini... Ada sesetengah orang dia cepat panik, bila tengok akaun kena block, cepat cepat dia kasi info kononnya nak unblock... So senang cerita, jangan panik, call dulu bank untuk confirmkan adakah betul email tersebut dari pihak bank... Scammer dah semakin pandai, ada kes yang mana website yang diorang buat 99% sama dengan website bank... Kita sebagai pengguna memang senang tertipu... So hati hati dengan taktik sebegini... Kalau boleh, abaikan email yang korang terima dalam email pasal hal hal macam ni... Sepanjang yang aku tahu, bank tak akan call atau kasi email kalau internet banking korang kena block...
Lagi satu taktik penipu penipu ni ialah dengan hantar email yang korang dah menang duit dari sebuah company.. Macam macam company diorang sebut, AirAsia, Magnum, malah ada juga company yang besar besar kat oversea... Bila baca dan ternampak jumlah duit yang dorang nak kasi tu memang cukup besar.. Kita nampak pun boleh jadi rambang mata.... Yang ini mudah saja, jangan layan email macam ni dan terus delete dari email korang... Selalunya email macam ni akan automatik masuk folder SPAM.. Mana yang ada dalam folder ni selalunya korang dinasihatkan untuk terus delete...
Oleh sebab aku suka kacau orang macam ni, aku tahu macam mana process yang diorang akan buat..
Bukan saja menang duit, malah ada juga skim melabur emas
dan sebagainya. Selalunya tektik yang digunakan adalah sama.
1) Bila korang reply email dia, selalunya dia akan mintak nama penuh, no tel dengan alamat lengkap.
2) Langkah seterusnya, bila korang dah kasi semua detail tadi, dia akan kata duit sudahpun dihantar ke alamat yang korang kasi... Selalunya dia kata process penghantaran duit akan ambil masa lebih kurang 3 - 5 hari...
3) So dalam korang exited nak tunggu duit, beberapa hari kemudian akan ada oraang lain call kononnya dari kastam yang mana duit yang diorang kasi tu ditahan atas beberapa sebab... So macam macam alasanlah yang diorang akan beri TAPI duit tu boleh lepas sekiranya korang bayar certain amount sebagai yuran process. Selalunya dalam lingkungan RM2500 - RM10000.
4) Mana mana orang yang tak fikir panjang, selalunya part ini yang mangsa terus bayar... Mungkin mangsa fikir apa la sangat dengan RM2500 tu kalau nak dibandingkan dengan duit yang bakal terima dalam ratus ratus ribu nanti... Lagipun apa nak dirisaukan, orang kastam dah confirmkan duit tu dah masuk Malaysia, tinggal nak bayar yuran saja lagi... Ini yang selalu terjadi pada mangsa, dan dia tak sedar yang orang yang kononnya 'kastam' tadi adalah geng scammer jugak.... So, bila dah masukkan duit, you can kiss your money goodbye sebab korang tak akan nampak atau dapat duit korang tu balik... Dan untuk scammer pulak, akan senyum lebar dan kalau baik hati dia sms atau call mangsa ucap terima kasih sebab kasi duit free...
Buat payslip? Apa kes?
Dah ramai nasihat sebelum tu tak mau dengar,
last sekali tebal muka buat report polis
Gambar sebelah ni pada aku adalah antara penipuan cyber yang aku rasa macam lawak sikit dan tak masuk akal... Buat payslip?? Upah RM1000 dah tu salah pulak tu disisi undang-undang... Dan dari forum ni, aku tengok ramai jugak dah kena tipu... Alamak! Tak fikir dulu ke sebelum buat? Dah terang terang benda ni salah, sebab memalsukan dokumen... Tapi yang aku pelik tu, ada jugak yang pergi buat report polis... Haha! Serious aku cakap, yang buat report polis tu memang berani! Dah buat salah memalsukan dokumen, lepas tu kena tipu dan berani lagi buat report polis kononnya "aku nak menegakkan kebenaran!" Huhu! Macam mana pula kalau orang beli dadah secara online lepas tu kena tipu barang tak sampai? Layak ke dia buat polis report? Tak kan? So sama juga dengan kes payslip ni, salah tetap salah walau macam mana pun ko pusing cerita..
COD adalah cara terbaik untuk
meminimumkan risiko penipuan
Kalau diikutkan penipuan ni dah makin lama makin advance... Malah kalau kita buat COD (cash on delivery) pun boleh kena tipu.. Aku ada dengar kes dari wife aku pasal kawan dia kena tipu... Nak jual handphone dalam RM1000, dan ada la orang yang berminat. untuk beli.. Lepas set satu masa dan tempat, diorang pun jumpa... Buyer tengok tengok phone dan berminat nak beli... So seperti dijanjikan, dia bayar RM1000 dan terus balik...So kawan wife aku ni plan nak masukkan duit tu dalam cash deposit machine sebab mungkin malas nak bawa duit banyak banyak dalam tangan... Bila masukkan dalam machine, kena reject sebab duit didapati palsu! Aku percaya kawan wife aku mesti cuba hubungi buyer tu balik, tapi seperti kebanyakan kes, mesti semua tak akan jawab panggilan telephone... Apa boleh buat? Cuma pergi balai polis dan buat report.. Tapi pada aku mungkin ini kes lain sikit sebab dah melibatkan duit palsu... Jadi, kalau dah COD pun kena tipu, nak buat macam mana lagi? Tapi jangan risau sangat, sebab kebarangkalian untuk kena tipu dengan cara COD adalah sikit berbanding dengan cara bank in duit.
Kita selalu fikir si penjual yang selalu jadi potential scammer. Sebab banyak kes yang kita dengar sama ada dalam media cetak atau elektronik, selalunya membabitkan orang yang menjual. Tapi harus ingat seperti yang aku kata tadi, teknik teknik penipuan ni semakin lama semakin advance. Boleh jadi si penipu menyamar nak beli dan bersungguh sungguh menunjukkan minat. Akhirnya, pembeli lari dengan barang yang kita nak jual dan kita tak dapat apa pun.
So, bawah adalah antara langkah yang boleh diambil sebelum berurus niaga:
1) Siasat dahulu siapa si penjual. Selalunya kalau dah setuju pihak penjual akan kasi no akaun dan nama penuh, Cuba semak nama di internet kalau kalau nama dia ada sebagai scammer.
2) Sentiasa amalkan urusan COD, jika kita ajak jumpa dan pelbagai alasan dia beri, jenis macam ni korang harus lebih berwaspada. Kemungkinan besar dia adalah penipu. Dan sekiranya dia setuju untuk berjumpa, bawa kawan dan jumpa ditempat yang ramai orang.
3) Jika harga yang ditawarkan terlalu murah dari pasaran, ini juga perlu ambil perhatian. Contohnya kalau market orang jual RM2000 tapi dia menawarkan RM1000 sahaja.
4) Jika dia terlalu mendesak atau tergesa gesa, lebih baik berhati-hati. Ramai orang terkena dengan cara ini, dan mereka selalu menggunakan ayat "Kalau nak U kena cepat sikit, sebab ada orang lain mahu barang ini jugak"... Selalunya mereka akan suruh kita memasukkan duit kedalam akaun mereka dengan segera kononnya siapa cepat dia dapat.
5) Waktu berurusniaga melalui phone, adalah lebih baik bertanyakan banyak soalan. Kalau was was dengan respon dari pihak dia, adalah dinasihatkan batalkan urusniaga tersebut.
Jadi disini aku cadangkan untuk korang berhati-hati sebelum membuat urusniaga dengan orang yang tak dikenali. Ada masa kita terbaca dalam internet yang mana report polis sudah dibuat tapi masih tiada tangkapan yang dibuat... Aku tak mahu kata polis tak buat kerja atau apa... Cuma kita perlu ingat, adalah lebih baik kalau kita membuat keputusan yang tepat sebelum terkena, dari kita menyesal kemudian dan menyalahkan si penipu... Semuanya boleh dielakkan sekiranya kita lebih berhati hati dan tidak terburu buru...
Hobi dan minat... Ada orang suka kumpul setem, membaca, surfing internet, travel, shopping dan macam-macam lagi la.. Kalau nak tulis semua jenis hobi aku pun tak larat nak fikir... Masa aku sekolah rendah dulu aku ada hobi, kumpul duit syiling lama.... Banyak jugak koleksi aku dari pelbagai tahun, saiz dan bentuk... Ada segiempat la, lubang kat tengah la... Pelik pelik pun ada.... Tahun yang paling lama dalam koleksi aku adalah 2 keping syiling pada tahun 1880... Aku pun tak ingat macam mana aku boleh dapat, tapi mungkin dari arwah datuk aku dulu...
So, hobi aku ni berterusan sampai la aku masuk sekolah menengah... Aku stop kumpul duit syiling lama ni pasal dulu aku ada melawat rumah panjang kat Miri, Sarawak.. Aku tengok duit syiling lama zaman James Brooke ni dengan selambernye diorang paku kat tangga main entrance (sebagai perhiasan)... Padahal, aku nak cari syiling macam ni punya la susah... Jadi, aku fikir duit macam ni tak ada value, sebab kat rumah panjang ni berlambak-lambak.. So dari situ aku stop kumpul duit syiling lama... Tapi mana yang dah ada, aku masih simpan sampai hari ni....
Ya!! Dan sekarang aku ada hobi baru! Main RC Helicopter... Hehe.. Dengar nama hobi macam budak budak, tapi cuba lihat kat Malaysia ni ada tak budak-budak yang main... Kalau ada pun mungkin tak ramai dan mungkin mak bapak orang berada sebab hobi ni memang mahal... Kebanyakan orang minat main RC semua dah kerja dan yang dah berumur pun ada... Dan ramai orang aku jumpa kata "Biasa la bro, dulu masa kecik-kecik tak dapat.. Ni dah tua baru la boleh merasa..." Ya betul!! Zaman aku kecil dulu mana la nak merasa benda ni semua.. Nak mintak kat bapak aku? Hmm.. Memang tak dilayan la...
Aku tak pernah terfikir aku akan minat RC ni sama sekali... Cuma aku teringat masa aku kerja kat Citibank dulu, aku hari-hari naik bas dari Seremban ke Pasar Seni... Sebab office aku kat Capsquare, so aku fikir lebih baik aku jalan kaki saja, tak payah la naik LRT... Ada la jugak senaman sikit... Entah macam mana, satu hari tu masa aku jalan kaki sampai area Masjid India, aku terfikir "best jugak kalau ada RC Heli".. Huh! Macam tue je minat tu datang....
SYMA S031G RTF (3.5 chn)
So bila sampai office, aku start la buka internet tengok helicopter apa yang ok dan murah untuk aku belajar... Aku ternampak satu brand buatan China yang tak la mahal sangat dan kira oklah untuk test power... Pada 28 Jun 2012 masa balik dari office pada hari yang sama, aku pun survey la dekat area Masjid India kalau-kalau ada kedai yang jual... Aku ternampak brand yang aku nak iaitu SYMA S031G RTF (ready to fly) datang dengan 3.5 channel.. Tak la mahal sangat, dalam RM100-RM150 (aku pun dah tak ingat harga).. Nak kata bagus, tak la bagus mana tapi boleh la... Pada pendapat aku heli ni bagus untuk belajar tapi ada beberapa kelemahan... Antaranya transmitter dia cuma 27 MHz padahal brand yang bagus pakai 2.4 GHz... Maksudnya kat sini, helicopter dengan remote tak boleh terlalu jauh, kalau tak heli akan lost signal dan kemungkinan besar ia akan jatuh terhempas... Paling jauh pun dalam 10-15 meter (ini dari pengalaman aku, orang lain mungkin ada yang lebih jauh).. Tapi ada jugak kelebihan heli ni, kadang-kadang bila aku main, ada masanya signal lost sebab terlalu jauh dengan heli... Yang hebatnya walaupun jatuh terhempas, heli ni masih steady lagi... Cuma angkat balik, letak kat tanah dan sambung main.... Terbaik!!
DYNAM E-RAZOR 450 Carbon Fiber Edition (6 chn)
Lebih kurang sebulan lepas tu, aku dah macam bosan main heli SYMA, yang mana aku fikir tak mencabar dan kurang kick... Masa tu aku dah berkira-kira nak beli heli baru... Sekali lagi aku cari kat internet kalau-kalau ada yang menarik dan aku ternampak satu heli DYNAM E-razor 450 carbon fiber edition RTF.. Kalau dulu aku main 3.5 channel, yang ini dah advance terus ke 6 channel.. Sepatutnya kalau nak main 6 channel, adalah dinasihatkan untuk korang cuba yang 4 channel dulu untuk biasakan diri... Tapi biasa la aku... Apa-apa gaya kena ada.... So, aku pergi satu kedai RC kat Subang (RC DREAMZ) dan aku beli heli ni dengan harga RM799.. Tambah duit sikit lagi beli training kit (sapa yang tak tahu, training kit ni pasang pada tapak heli supaya bila takeoff atau landing tak la terbalik).. Mula-mula aku fikir takkan nak takeoff pun boleh terbalik.. Rupa-rupanya, main 6 channel ni memang susah... Tak macam heli lama aku cuma 3.5 channel... Masa nak takeoff nak kena control kasi dia stabil dan macam-macam lagi perkara yang perlu ambil kira... Tak perlu la aku cakap berapa kali aku kena repair heli ni, cukup la aku beritahu korang yang hari ni aku beli, esok tu aku dah hantar balik ke RC Dreamz sebab heli aku terhempas... Huhu...
Cubaan baiki DYNAM
Lama jugak aku aku main heli ni sampai aku agak mahir... Hari Raya Puasa 2012!! Aku bawak balik heli ke kampung wife aku sebab kawasan tu memang lapang... Petang tu aku bawak keluar la heli aku dan dapat la main dalam setengah battery (lebih kurang 5-6 minit)... Tengah syok main, abang ipar aku datang kata dulu dia pun main jugak, tapi dah stop dan mintak nak test power heli aku... Dengan berat hati aku kasi dan dia terus hover heli aku tinggi paras bahu dan heli tu nampaknya stabil.. Aku fikir oklah dia ni main sebab boleh balance heli dan aku tarik nafas lega.. So dia habiskan first battery dan aku tukarkan kepada battery yang kedua... Bila dah ready, tiba-tiba heli aku terus terbang lebih kurang 20-30 meter menegak keatas... Mungkin sebab panik, abang ipar aku cuba nak control lagi tapi aku fikir dia terlupa yang remote aku MODE 1 (throttle sebelah kanan) padahal sebelum ni dia pakai remote MODE 2 (throttle sebelah kiri)... Aku nampak heli aku makin senget ke kiri dan makin menjunam ke tanah.... Last sekali heli aku tersepit kat celah-celah pokok... Pergh!! Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya bila tengok heli kesayangan aku patah riuk... Aku tak cakap banyak, terus angkat heli dan simpan dalam bilik... Heli aku rosak teruk sebab body dia kebanyakan buat dari carbon fiber, aku rasa kalau plastik tak seteruk macam ni.... Aku cuba repair, tapi biasa la buatan China... Spare part ada, cuma masalah besar nak buka dia punya allen key.. Dari 10 skru allen key yang aku cuba buka, 6 darinya mesti kepala haus tak boleh pusing... Last sekali, ambil keputusan malas nak repair dan tak mau beli heli clone made in China lagi.... Tapi sekarang heli ni ada beberapa stage je lagi nak complete, aku dah start repair slow-slow dan dalam masa terdekat ni mungkin boleh takeoff semula... Hopefully la...
Contoh flybar
Adik aku pun macam berminat jugak nak join.... So dia beli WALKERA V400D02 flybarless. Tak silap aku dia beli dalam RM500 lebih kedai dekat DRC TOYS area Puchong...Adik aku pun tak nak kalah, start main terus pakai flybarless.. Aku punya heli pun masih pakai flybar.. Ada yang tanya, flybarless atau flybar ni apa benda? Flybar ni adalah balancing dekat main blade.. Tengok gambar sebelah... Adik aku pun boleh tahan jugak main... Nak kata hebat tak la sangat, tapi oklah... Heli ni pun boleh tahan, tapi dia tak pakai belting untuk pusing kipas belakang tapi pakai motor.. Pada aku kelemahan pakai motor ni bila rosak, banyak kerja kalau nak tukar.. Lagi satu, motor holder untuk heli ni tak kuat sangat.. Padahal buat dari plastik bukan carbon fiber... Heli adik aku dah beberapa kali patah bahagian ini saja sampai dah malas nak ganti baru, last-last cuma pakai gam kuat saja... Dan satu lagi kelemahan heli ni main motor bukan brushless.. Senang aku nak explain, macam ni... Kalau brushless, selagi ada bateri boleh belasah heli tu.. Kalau ada 20 biji bateri li-po, abis 1 battery boleh terus ganti battery ke-2 dan seterusnya sampai battery ke-20 berterusan dan tak perlu risau pasal motor jadi panas atau overheat... Untuk heli V400D02 ni, tak disarankan main secara berterusan, takut motor cepat rosak...
ALIGN T-REX 450 PLUS COMBO RTF
Aku pulak buat apa bila DYNAM aku tersadai? Aku dah berkira-kira nak beli heli baru dan aku dah set dalam kepala aku tetap nak beli brand ALIGN.. ALIGN adalah antara heli yang bagus dan kebanyakan pro-pro pakai brand ni... So aku cari-cari kat mudah, ada nampak heli ALIGN brand new nak jual harga RM1300.. Hari tu kebetulan pulak ada barbecue kat rumah kakak ipar aku area Kajang, dan aku fikir ini la masa paling sesuai nak beli sebab kedai ni kat area UPM Serdang.. Dalam lebih kurang dekat pukul 11 malam (patutnya event barbecue tu dah habis), aku suruh wife aku lepak sekejap kat rumah kakak dia sementara aku gi kedai heli nama NK HOBBIES... Dah beli, aku pun dengan bangga dapat bawa heli baru ALIGN T-REX 450 PLUS COMBO RTF!!
It's alive!! Baru keluar kotak
Remote khas dibuat untuk ALIGN dari FUTABA
Serious aku cakap ini adalah antara heli yang bagus... Datang dengan flybar, sebab pada aku senang control, motor heli ni brushless dan yang paling best remote/transmitter dia dibuat oleh FUTABA... Kalau nak tahu, Futaba adalah pengeluar remote/transmitter dan receiver antara yang terbaik... Ada remote dari brand ni yang mencecah hingga ribuan ringgit.. Tapi yang buat aku suka sangat pasal heli baru aku ni bukan pasal sebab lain, cuma sebab dia brand ALIGN!! Macam aku cakap la, kalau orang pro pun pakai brand ni mesti la satu brand yang baik... Tak ada pulak aku tengok orang buat competition heli dan diorang pakai brand SYMA... Huhu... So sebab dah tengah malam sampai rumah, aku fikir baik aku test power esok saja... Malam tu sekadar boleh tengok heli dan cuba on, tapi tak nak kasi terbang cuma nak dengar bunyi dia macam mana.... Bila kipas berpusing aje, aku macam "WOW!" Bunyi best.. Memang lain macam sikit.. Ini buatkan aku lagi tak boleh tidur malam, exited lebih... Hahaha...
Tak berani lagi nak hover tinggi-tinggi, first flight for ALIGN
So dah lama aku main yang besar saiz 450 ni, aku teringin pulak nak main yang saiz kecil... Kebetulan adik ipar aku main heli saiz kecil ni... Aku tengok ok jugak sebab walaupun kecil, tapi heli ni senang nak control, tahan lasak, tak mahal sangat dan yang bagusnya ada sparepart... Bagus juga kalau ada yang kecil, bosan-bosan nanti main aje yang kecil ni, dalam rumah pun boleh... Walaupun dah pandai sikit main heli besar, tapi perasaan takut tu tetap ada... Walaupun orang yang dah mahir pun ada masa heli boleh terhempas jugak...
Heli kecilku
Adik ipar aku beritahu heli kecil molek ni brand WLTOYS V911 RTF dan datang dengan 4 channel. Aku order dari Mudah harga lebih kurang RM100. Yang kelakarnya, aku order dari sorang ni, dia berniaga kat area Zoo Negara jual heli dan alat mainan lain... Aku rasa jenis gerai macam dekat Danau Kota la kot... So bila aku dah bank in duit, dia post heli pada aku... 2-3 hari lepas tu aku terima barang dan aku terus test.. Tapi ada beberapa masalah dengan heli ni.. First, bukan warna yang aku order dan servo heli ni ada masalah sikit.. Jadi aku call dan beritahu masalah heli tu.. Dia suruh pos balik pada dia dan dia akan ganti dengan yang baru dan dia janji akan test dulu sebelum pos... Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku terima 2 bungkusan dari Pos Malaysia.. Satu aku bukak ada heli baru dengan warna yang aku pilih... Bungkusan ke-2 aku bukak adalah heli yang aku return balik pada dia yang ada masalah tu... Rupanya Pos Malaysia dah cuba hantar pada alamat dia tapi tak ada orang kat rumah dan dia tak pernah claim dari Pejabat Pos... So aku call dia tanya nak aku pos balik atau nak datang ambil... Dia kata tak apa la, abang boleh simpan saje yang lama tu... Sekarang tak pasal-pasal aku ada 2 heli kecil kat rumah aku... Tak apa la, orang nak kasi.... Pada aku, heli ni adalah yang terbaik untuk beginner yang nak belajar main heli... Jangan jadi macam aku.. Start dengan 3.5 channel dan terus advance tak sedar diri ke 6 channel... Patutnya aku beli yang kecil ni dulu, dah biasa baru beli saiz besar sikit dengan 6 channel... Tapi nak buat macam mana, aku kan jenis belajar berlari dulu baru merangkak... Hehe..
Aku sekarang stop sekejap main heli, bukan pasal apa... Heli aku accident terlanggar pagar rumah... Abis patah main blade aku... Tak apa la, benda senang nak ganti... Lagipun sekarang ni musim hujan, angin pun kuat.. Kang terbalik heli aku apa pun tak dapat... Tapi dalam hati aku berdoa agar cepat la musim hujan ni berlalu, sebab kalau lama tinggal nanti skill-skill aku jadi tumpul...
Main area padang
Jadi pada korang yang tak ada hobi tu, cari lah satu hobi yang boleh isi masa lapang kita.. Cari hobi yang kita minat dan ikut kemampuan kita... Janganlah orang ada hobi suka melancong, kita pun nak juga padahal tahu yang kita tak mampu... Lagi satu, tidur bukan hobi, tapi keperluan tubuh badan... Peace out!
Masuk saja tahun
baru 2013, semua orang ada azam masing-masing... Ada yang nak berhenti rokok
la, ada yang nak kurangkan MC ditempat kerja la dan macam-macam azam lagi
lah... 31 December setiap tahun, tengok je la kat facebook atau laman sosial
lain semua berlumba-lumba nak cerita pasal dia punya azam.. Bagi aku, tak
payah tunggu tahun baru, boleh je terus buat... Kalau aku nak berhenti rokok,
takkan aku kena tunggu hujung tahun ni? Ada 11 bulan 20 hari lagi tu..
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal azam,
tapi pasal air.. Hmm... Air! Air! Bagi penduduk Selangor, masuk aje tahun baru
2013, rakyat dah start complain.. AIR TAK ADA!! Pelik jugak
Selangor tak ada air, padahal MB Khalid kata air Selangor cukup..Bila check
balik, rupanya bukan pasal bekalan air tapi pasal rumah pam SYABAS rosak...
Ok.. Biasa la rosak.. Semua barang kat dunia ni akhirnya akan rosak jugak..
Tapi yang aku pelik, takkan sampai 5 RUMAH PAM rosak
sekaligus? Aku tak nak kata ada unsur sabotaj atau apa, cuma yang aku tak
faham SYABAS tak pernah servis ke rumah pam diorang? 1-2 rosak aku boleh
terima, ini sampai 5 rumah pam.. Dalam masa yang sama pulak tu.. Pelik jugak
aku.. Apa? SYABAS tak buat kerja ke?
Dalam pada orang ramai susah hati pasal tak
ada air ni, ada juga pihak-pihak yang suka.. Inilah masanya nak hentam pihak
lawan... Ye la!.. Satu pihak nak rampas balik Selangor, satu lagi pihak nak
kekal di Selangor.. Yang ini kata rakyat patut saman SYABAS... Satu lagi pihak
kata kerajaan negeri tak bertanggungjawab... Woi!! Kalau satu hari korang tak
bergaduh tak boleh ke? (ayat mak aku ni)... Dalam masa korang salah-menyalahkan
antara satu sama lain, yang tersepit adalah rakyat Selangor.. Diorang tu
perlukan air... Korang bergaduh sampai tahun depan pun tak settle.. Rumah
korang tetap ada air, so kau tak rasa macam mana susahnya situasi ni...
Cuba
duduk satu meja, BN dengan PR bincang macam mana nak selesaikan isu ni secepat
mungkin.. Tolak dulu kepentingan politik.. Selesaikan cepat.. Ini berkaitan
air.. Air ni keperluan asas.. Orang boleh mati kalau tak ada air... Takkan
korang ni tak paham?... Bukan dengan cara bila lori air sampai korang
berlumba-lumba tunjuk kat rakyat Malaysia yang korang angkat baldi sampai
tingkat 10.. Esok muka masing-masing terpampang dalam suratkhabar dan
internet... Hello!! Rakyat tak peduli itu semua.. Orang cuma nak tahu bila air
akan pulih seperti biasa.. Itu saja.. Sampai bila nak tengok orang
terpaksa beratur tunggu lori air? Korang pernah tunggu lori air untuk rumah
korang ke? Aku yakin mesti tak pernah.. Bukannya apa, aku kesian pada orang tua
yang tinggal kat apartment kena pulak tingkat tinggi-tinggi... Kalau hari-hari
macam ni, aku rasa ramai tak larat nak angkat.. Tapi nak buat macam mana,
terpaksa la..
Aku harap isu air ni diselesaikan cepat..
Macam aku cakap la, selesaikan isu ni sama-sama.. Dah settle, baru la korang
boleh start perang balik... Boleh la korang tuduh pihak sana tak bertanggungjawab
ke apa.. Waktu tu orang pun tak kisah dah, sebab masalah air dah selesai...
Ini adalah blog aku yang pertama... Kenapa aku pilih -DIMANA AKU BERDIRI- adalah kerana aku berpendapat aku boleh menyuarakan pendapat aku asalkan tidak menyentuh isu-isu sensitif... Malaysia ni memang banyak isu-isu sensitif terutama bila melibatkan agama, raja dan bangsa... Kita berada di Malaysia dan mengamalkan sistem demokrasi, dan seharusnya hak kebebasan bersuara dibenarkan sekiranya dalam bentuk kritik atau nasihat yang membina...
Melalui blog ini aku bercadang untuk menulis dari peristiwa atau perkara yang aku lihat termasuk hobi dan minat, tempat-tempat percutian yang menarik, teknologi, agama, alam sekitar atau apa sahaja yang difikirkan sesuai... Mungkin juga aku akan tulis pandangan atau pendapat aku tentang isu semasa... Ya.. Memang banyak isu sekarang ni di negara kita... Politik? Terus terang aku cakap, aku malas nak tulis... Bukan aku tak berminat dengan politik, tapi dah terlalu banyak blog-blog sama ada Pro BN atau Pro PR... Cukuplah...
Jadi, selamat datang ke blog aku dan masih belum terlambat aku ucapkan -Selamat Tahun Baru 2013-, dan tak payahlah sibuk sangat dengan azam tahun baru... Kebanyakan orang yang aku kenal tak pernah tercapai pun.. Azam je lebih....